Pages

Monday, October 1, 2012

KEKAYAAN ALI RUSTAM BERAPA BILLION PLAK???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Gempar! Kekayaan KM Melaka Berapa Bilion RM Pulak?

Kenduri Kahwin Anak Ali Cipta Rekod, Seramai 130,000 Tetamu Hadir!


Dalam heboh menteri2 BN mempunyai kekayaan luar biasa, selepas Taib KM Sarawak didakwa mempunyai kekayaan RM45 bilion. Mungkin dengan perasaan megah dan suka menunjuk2 dapat mengambarkan mereka mempunyai kekayaan luar biasa. Semalam heboh di twiter angggaran kos pekahwinan anak KM Melaka antara RM 4 hingga 13 juta.

Orang bodoh pun dapat menganggarkan dengan majlis yang begitu besar dan kos yang tinggi mereka tentu mereka mempunyai kekayaan yang luar biasa. Dengan jawatan Ketua Menteri tentu beliau tidak mampu untuk mengadakan majlis yang terbesar kalau mengharapkan duit gaji beliau.

Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, semalam.

Ia sekaligus telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis paling ramai dihadiri tetamu dalam satu masa. Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali.

Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, bermula pada pukul 10.00 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.

Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan mempelai.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir. - sumber -

No comments:

Post a Comment