Pages

Thursday, October 18, 2012

SOI LEK FATWA LAGI - MANA ILANG ULAMA UMNO?????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

SOI LEK: HUDUD AKAN JEJAS PEKERJAAN 1.2 JUTA RAKYAT
                                                                                                            
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Chua yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan yang didakwa itu, sekiranya hudud dilaksanakan.

Dakwanya, ia termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blog video dan Facebook hari ini, berdasarkan SMS yang didakwanya diterima pagi ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.sumber

Sekali lagi Chua Soi Lek mendahului Ulama UMNO… Apakah yang ULAMA UMNO lakukan untuk ummat Islam????

Majlis Fatwa Kebangsaan pun sunyi sepi je… mereka hanya berkelayakan untuk memFATWAkan HARAM pasal himpunan BERSIH je ke???

Hebat sungguh SHEIKH KABIR UMNO BE END ni kan… Agaknya Inilah NEGARA ISLAM yang UMNO dok bangga kan kot…. 

No comments:

Post a Comment