السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PM: RM40 JUTA DITERIMA UMNO SABAH ‘SUMBANGAN POLITIK’
SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah
menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup
masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik
kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ia
adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima
sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul,” kata Perdana
Menteri.
Sehubungan
itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, “pembangkang juga menerima
sumbangan.”
“You (anda) boleh tanya soalan
yang sama kepada pembangkang,” katanya dipetik Bernama
selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional
(BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.
Najib
ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.
Baru2
ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak
dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana
tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk
tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Transparency
International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber “sumbangan
politik” RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan
ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.
Merujuk
kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.
Setiausaha
Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang
menyebut “elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan” dalam kes itu.
“Nazri
berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.
“Beliau
kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan
elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.
“Bagaimanapun
SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik
RM40 juta itu,” katanya dalam kenyataan. – sumber –
UMNO JERIT : “PENCURI PENCURI…” RUPANYA UMNO LA PENCURI TU…..
NAJIB DAH TERKANTOI LAGI, TEMBELANG UMNO DOK SELUDUP DANA
PILIHANRAYA SEMAKIN TERBONGKAR….
DALAM MAHADEY KUTTI DAN RAKAN2 SEMANGKUK UMNO BE END MENEMBAK
PR MENDAPAT DANA SOROS DAN LAIN2… RUPANYA UMNO LA YANG MENCURI…
No comments:
Post a Comment