Pages

Saturday, October 13, 2012

ROGOL PENAN: BEKAS WARTAWAN BERANG DENGAN ‘RUNDINGAN’


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Bekas wartawan yang menulis tentang insiden rogol wanita Penan di Sarawak menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap The Star yang memohon maaf kepada gergasi pembalakan Samling tanpa berunding dengannya.



Hilary Chiew menulis laporan berjudul Against their will” (bukan kehendak mereka) pada 6 Oktober 2008.

Beliau menyifatkan penyelesaian luar mahkamah antara The Star dan Samling itu sebagai kurang menyenangkan untuk bidang kewartawanan.

“Walaupun hakikatnya saya telah meninggalkan meninggalkan The Star pada awal 2010, amat dikesali apabila The Star tidak merasakan saya patut dimaklumkan tentang keputusan itu.

“Saya tidak pernah, pada bila2 masa, dimaklumkan atau dirujuk tentang rundingan penyelesaian luar mahkamah,” kata Chew.

The Star pada 2 Oktober menyiarkan permohonan maaf berhubung artikel itu.

NONE
Difahamkan Samling pada Isnin secara rasmi menarik balik saman fitnah terhadap harian itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Lau Bee Lan  – sumber

tenterasemutgerup.blogspot.com

No comments:

Post a Comment