Pages

Sunday, October 14, 2012

ISU SOROS : MUHYIDDIN TERPAKSA TELAN LUDAH MAHADEY


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



MUHYIDDIN: ISU SOROS BUKAN UNTUK KEUNTUNGAN POLITIK

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu “tidak membantu negara.”

“Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

“Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan,” katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan “memakan diri sendiri”.

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

“Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

“Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara,” katanya.

Projek memburuk2kan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

“... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi,” buku setebal 322 halaman itu dipetik.

“Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa.”

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab “Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis”, satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu. – sumber-


Kalau bukan keuntungan politik UmNo… untuk apa Mahadey Kutti dan langau2 Umno menyerang semua yang tak setuju ngan UmNo??? 

Suaram yang bawa isu Scorphene diserang, Malaysiakini juga diserang, Anwar tak yah citer la… dengar nama pun UmNo dah pucat lesi….

Muhyiddin masih menaruh harapan untuk jadi Ketua Pembangkang dari UMNO Be End pertama Malaysia

tenterasemutgerup.blogspot.com

No comments:

Post a Comment