Pages

Monday, October 1, 2012

AMBRIN: LAPORAN AUDIT TIDAK SEMBUNYI APA2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


KUANTAN – Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menegaskan pihaknya tidak menyembunyikan sebarang fakta berkaitan dengan Laporan Audit Negara (LAN) yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Katanya, jika benar jabatan berkenaan cuba melindungi kepentingan kerajaan, sudah tentu skandal membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak didedahkan.

Menurutnya, pengauditan dilakukan dengan jelas dan tiada beza sama ada ia kerajaan negeri dikuasai kerajaan ataupun pembangkang.

“Kita perlukan masa untuk membentangkannya seperti yang sudah dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian Hari Audit SeMalaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2012 di sini, hari ini.

Ia disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob.

Beliau berkata sedemikian diminta mengulas berhubung kritikan daripada pemimpin pembangkang yang menyatakan pembentangan laporan tersebut ditangguhkan.

Sebelum ini, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang telah menulis dalam laporan blognya yang mendesak LAN dibentangkan di Parlimen segera tanpa sebarang penangguhan.

Dalam blognya juga, Kit Siang mempersoalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Nazri takut jika laporan tersebut didedahkan.

Dalam pada itu, Adnan juga menyatakan jabatan tersebut dilihat tidak mesra kerajaan berdasarkan segala laporan sejak beberapa tahun ini.


“Tapi, biarkan mereka lakukan kerja dan selagi mereka telah melakukan tugasan dengan baik, tanpa rasa takut atau memihak sesiapa, itu sudah bagus.
“Jika pihak kerajaan mahukan mereka dilindungi, itu tidak membawa sebarang makna. Ia seperti sistem diktator jika mereka diberikan arahan untuk bertindak atas sebarang perkara,” katanya - SH -

No comments:

Post a Comment