Pages

Sunday, October 14, 2012

POSTER ‘RAYA HAJI AND HALLOWEEN’ CETUS KONTROVERSI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KUANTAN - Poster besar di sebuah pasar raya, di sini, menimbulkan rasa kurang senang umat Islam kerana menggabungkan Aidiladha bersama perayaan agama lain.

Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.


Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.

“Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam,” katanya.

Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster  itu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.

“Sebelum anjur program,  pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.

Dalam pada itu,  Pegawai Perhubungan Awam dan Pengarah Program, Chea Sin Cheak memohon maaf dan sedar kesilapan itu selepas dimaklum Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kelmarin.

Beliau harap masyarakat dapat maafkan dan akan berhati2 pada masa hadapan.  – sumber

Inilah Negara Islam contoh… keperihatinan terhadap garis panduan keluar setelah dilakukan….

Aku sebenarnya amat malas nak komen atas isu ni sejak semalam.. aku macam terpanggil untuk memperkatakan kan juga…

Andailah perkara ni berlaku di Kota Baru ke, Alor Setar ke… Aku yakin puak Perkasa Berahi Mali ke, JATI Ahsang Ali ke atau katak2 akan berdengung seperti memanggil hujan…

Allah tu Maha Kaya… menghindarkan fitnah dajjal dengan ‘hikmah’Nya…. Semuga Allah membantu pejuang2Nya yang ikhlas ingin memartabatkan ISLAM di bumi bertuah..

Ini lah yang Rasulullah sollallahu ‘alaihiwasallam berpesan: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan yang sepatutnya, tunggulah saatnya”


Kita dah bertahun2 menekankan kepada UmNo Be End bahawa HARAM menggabungkan perayaan Islam dengan perayaan lain seperti DeepaRaya dan sebagainya…. Entah la… 

 tenterasemutgerup.blogspot.com

No comments:

Post a Comment