السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu mahkamah
hari ini bahawa beliau telah memberitahu seorang pegawai polis bahawa beliau
tidak ditipu berkaitan kos projek kontroversi Zon
Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Seingat beliau, kata Dr Mahathir,
tidak seorang pun anggota kabinet yang membantah (kos) projek tersebut.
Beliau
berkata, salah seorang daripada pegawai polis yang merakam kenyataannya, telah
mengatakan bahawa sekiranya mereka tahu mengenainya, tentu mereka tidak akan
mendakwa Dr Ling.
Dr
Mahathir adalah saksi keempat pihak pembela dalam kes perbicaraan Tun Dr Ling
Liong Sik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dr
Ling, 69, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada
Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah
tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang
berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian
dan Perkhidmatan Harta, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil
kira kadar kupon/faedah.
Beliau juga menghadapi pertuduhan
pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah
Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar
faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan
RM25 skp iaitu M1,088,456,000.
Dr Mahathir memberitahu demikian
ketika menjawab soalan peguambela Wong Kian Kheong.
Beliau berkata pegawai polis merekodkan kenyataannya sebanyak dua kali dan beliau mengenalpasti seorang pegawai daripadanya sebagai Supt R Rajagopal.
Wong bertanya, selepas meneliti dokumen yang diberikan oleh pegawai penyiasat (IO), adakah beliau (Dr Mahathir) memaklumkan kepada IO yang beliau ditipu berkaitan pembelian tanah dalam kes tersebut.
Mantan Perdana Menteri itu menjawab tidak.
Wong bertanya lagi sama ada Dr Mahathir membuat laporan polis yang defendan menipunya berkaitan pembelian tanah tersebut.
Sekali lagi Dr Mahathir menjawab: “Tidak”
Wong: Apakah IO memberitahu anda?
Dr Mahathir berkata, seorang daripada pegawai tersebut berkata sekiranya mereka telah mendengar kenyataannya itu, mereka tidak akan mendakwa Dr Ling.
Sekarang ni siapa yang tipu
siapa??? Kalau tak tipu… macamana boleh ada kes polis ni???
Adakah ini satu lagi kes lawak
bodoh untuk 2012??? Selepas kes Perwaja 2011 dihanyutkan… he he he korang
fikirkan lah sendiri…
No comments:
Post a Comment