Pages

Monday, October 8, 2012

MAHATHIR KUTTI/SOROS - LAWAN JADI KAWAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Lawan menjadi kawan apabila isu yang dibincangkan adalah mengenai soal keamanan dunia dan tanggapan itu menjadi kenyataan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumpa empat mata dengan orang yang pernah digelarnya penyangak mata wang, George Soros.

Terdapat beberapa perkara kami bersependapat seperti masalah di Palestin, mengenai tindakan sepihak Amerika dan kesilapan2 (yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika George) Bush, kata bekas Perdana Menteri itu.

Soros yang kini berada di Malaysia untuk mempromosikan buku terbarunya, The Age of Fallibility, ingin bertemu Dr. Mahathir yang pernah menuduhnya sebagai bertanggungjawab menyerang mata wang negara2 Asia sehingga menyebabkan berlakunya krisis ekonomi di sebahagian besar Asia pada 1997/1998.

Bagaimanapun, isu mengenai kewangan tidak banyak disentuh dalam pertemuan itu yang diadakan di Hotel JW Mariott di sini.

Sebaliknya Soros memberitahu bahawa alasan beliau ingin bertemu Dr. Mahathir ialah kerana beliau berkongsi minat dengan bekas Perdana Menteri itu untuk mempromosikan keamanan dunia selepas kedua2 mereka saling berutus surat.

Pada sidang akhbar kemudian, Dr. Mahathir berkata, beliau menerima penjelasan Soros bahawa beliau secara peribadi tidak terlibat dalam spekulasi mata wang itu dan kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pedagang2 mata wang yang lain.

Kedua2 personaliti itu yang kini kelihatan seperti dua sahabat baik, bersetuju bahawa mereka lebih bimbangkan mengenai soal ketamadunan masa depan.

Kedua2 mereka telah membincangkan mengenai usaha2 menjadikan peperangan satu jenayah walaupun mereka bersetuju bahawa kadangkala peperangan tidak dapat dielakkan.

Mereka juga melihat perlunya diselesaikan masalah di Timur Tengah dan kedua2nya juga tidak bersetuju dengan cara pentadbiran Bush bertindak balas terhadap serangan pengganas.

Dalam memerangi keganasan, kita mesti berusaha bersungguh2 untuk mengelak daripada melakukan perbuatan serupa. Pentadbiran Bush sebaliknya bersungguh2 untuk mengaibkan, menyiksa rakyat Iraq, kata Soros.

Soros berharap, Amerika akan mula sedar semua kesilapannya dan akan mengambil pendekatan berlainan dengan menangani punca sebenar bantahan itu.

Terutamanya, di Palestin di mana penyelesaian secara tentera tidak sepatutnya digunakan tetapi sebaliknya diselesaikan dengan cara politik.

Persoalannya ialah hendaklah dicari jalan bagaimana memulakan semula proses politik itu. Ia memanglah sukar memandangkan banyak kerosakan yang telah dilakukan. Adalah diharapkan ia belum terlambat, katanya.

Justeru, Soros menyokong doktrin mengenai tanggungjawab untuk melindungi di mana masyarakat antarabangsa mempunyai kewajipan untuk mempertahankan rakyat daripada pemerintah mereka.

Mengikut doktrin yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) itu, kedaulatan adalah milik rakyat tetapi kadang-kadang pemerintah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka untuk melaksanakan kedaulatan itu, dengan menindas rakyat mereka sendiri, dengan melakukan kekejaman dan pembunuhan kaum, katanya.

Soros berharap, Amerika akan menukar dasar2nya dan doktrin itu dapat digunakan untuk memelihara keamanan dan mengelakkan pembunuhan kaum di negara2 individu.

Dr. Mahathir, sementara itu berkata, masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan dan bukannya oleh sebuah negara tunggal dan adalah salah bagi Amerika untuk bertindak secara sendirian.

Bagaimanapun, kata Soros, bekas Presiden Iraq Saddam Hussein adalah seorang yang zalim.

Apa yang perlu dibuat kepada orang yang zalim adalah satu daripada beberapa masalah yang belum dapat diselesaikan oleh orde dunia yang ada.

Doktrin tersebut adalah satu cara untuk menangani masalah ini dan arah yang hendak dituju, kata beliau.

Pada sidang akhbar itu, Dr. Mahathir mengulangi bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi menentang apa yang berlaku di Palestin di mana Israel menggunakan cara2 pengganas untuk mengatasi keganasan yang dilakukan oleh rakyat Palestin.

Itu cara yang salah untuk menyelesaikan masalah. Punca sebenar masalah itu perlulah ditangani terlebih dahulu, katanya.

Mengulas lanjut dakwaan kononnya beliau anti-Yahudi, Dr. Mahathir berkata, kritikan beliau bukan sahaja terhadap bangsa Yahudi tetapi juga terhadap orang Islam.

Saya percaya sekiranya seseorang melakukan apa juga kesalahan, orang lain berhak mengkritiknya tidak kira sama ada mereka orang Islam atau Yahudi, katanya. – sumber


Sekarang ni kenapa Mahathir Kutti menggunakan kawan baik dia sebagai penyumbang kepada pembangkang??? Tak kan Mahadey Kutti dah tak berkawan dengan Soros??? Ishhh… Dengar kata orang, Yayasan Aids Malaysia pun minta kawan ayahnya yang bernama George Soros membantu DANA….

Kalau tak tipu… macamana boleh ada cerita dana asing la… Apa citer dibelakang tabir Mahadey Kutti mengeluarkan isu kong kali kong ni….???

Adakah ini satu lagi kes lawak bodoh untuk 2012 menjelang PRU13??? He he he korang fikirkan lah sendiri…

No comments:

Post a Comment