Pages

Tuesday, October 9, 2012

JANGAN HALAKAN SENAPANG KEPADA KAWAN KERANA SELERA TAK TERCAPAI......


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



KUALA LUMPUR: Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya “Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu.”

Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini.

“Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun,” tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya.

Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan. sumber


Entah la... semenjak 2 menjak ni, aku tengok ada pula orang PAS yang konpius dengan perjuangan mereka...

Pada masa mereka berada ditempat menentukan dasar, mereka lah hebat... bila mereka jatuh, mereka macam 'berok kena belacan....' terlompat2 tak tentu hala....

Ada juga yang kata macam berok makan buah putik (muda), bila rasanya kelat, dia mengamok mengoncang semua buah dipohon tersebut... marah sebab kebodohan sendiri... semua gugur termasuk buah masak dan buak muda.... 

Jangan halakan senapang kepada kawan kerana selera tak tercapai......





No comments:

Post a Comment