السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
NAJIB:
TIADA PELUANG TUKAR JIKA PAKATAN HANCURKAN NEGARA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini memberi
amaran bahawa rakyat mungkin tidak akan berpeluang untuk menukar kerajaan
semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai
kerajaan persekutuan.
Katanya, negara boleh “hancur” dalam tempoh lima tahun sekiranya
Pakatan mengambil alih pentadbiran negara.
“Boleh ke tidak mereka ambil risiko, bolehkah kita gadaikan masa
depan kita? Ada juga orang kata tapa apa. Kalau tak betul nanti kita tukar
balik.
“Jangan kata lima tahun, dalam setahun pun negara kita boleh rosak
merudum. Hancur, tertiarap... Ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh,” katanya
dalam ucapan di perhimpunan agung MCA hari ini.
Najib mengambil contoh krisis kewangan yang melanda Malaysia pada 1997, dan menyalahkan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perkara itu.
“Siapa menteri kewangan masa itu? Siapa ambil langkah nak serah kepada IMF (International Monetary Fund) supaya pentadbiran negara, kedaulatan negara serah kepada IMF?,” soalnya.
Soalan itu disambut dengan laungan “Anwar” daripada para hadirin.
“Kalau kita benarkan perkara itu berlaku hari ini, sesetengah taikor (pembesar) dalam dewan ini, barangkali pakai selipar getah, kaki ayam (sekarang),” katanya lagi.
Oleh itu, beliau menggessa MCA supaya mengingatkan rakyat Malaysia supaya memilik kerajaan yang mempunyai rekod perkhidmatan dan pengalaman.
– sumber –
Najib sendiri mengaku pengalaman mereka yang negeri yang jatuh seolah2
tak akan dapat balik kepada UmNo Be End.
Seandainya Putra Jaya jatuh dalam PRU13 nanti, bermakna UmNo dan Be
End tak akan dapat semula kepada Be End seperti Kelantan yang akan kekal di bawah
PAS dan PR….
Najib tak tanya plak kepada MCA, SIAPA PINJAM WORLD BANK US400
JUTA????
Najib tak
tanya gengnya berapa saham Felda Global Venture Holding sekarang???? Berapa
HUTANG NEGARA sekarang????
No comments:
Post a Comment