السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUALA LUMPUR – Projek Pusat
Fidlot Kebangsaan (PFN) yang menjadi topik hangat tahun lalu kini dalam
proses tindakan susulan dan belum selesai sepenuhnya, kata Laporan Ketua
Audit Negara 2011.
Menurut laporan itu, pihak kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi mengkaji semula hala tuju projek berkenaan dan berkemungkinan mengambil tindakan sivil ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurut laporan itu, pihak kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi mengkaji semula hala tuju projek berkenaan dan berkemungkinan mengambil tindakan sivil ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Isu itu menjadi perhatian selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan tahun lalu.
“Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan oleh pihak Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama2 dengan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti tindakan2 sesuai yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap NFCorp.
“Keputusan mengenai hala tuju projek PFN ini masih lagi diteliti oleh Kementerian Kewangan dan akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan selanjutnya oleh pihak Kerajaan,” dedah laporan itu.
Bagaimanapun, setakat ini pihak kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan bersabit hala tuju projek terbabit.
Ekoran dakwaan penyalahgunaan dana awam berjumlah RM250 juta menerusi projek PFN ini, yang terus2an menjadi modal pembangkang, akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Shahrizat April lalu.
Perbicaraan mengenai skandal penyelewengan PFN kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Shahrizat memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berhubung projek kontroversi itu.
Pendengaran kes saman fitnah yang difailkan oleh Shahrizat setakat ini menyaksikan beberapa klip video yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah ke atas beliau ditayangkan.
Projek PFN termasuk antara 74 kelemahan yang belum selesai diambil tindakan susulan setelah menerima teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Antara perkara yang dibangkitkan berhubung projek PFN ini ialah Program Pembangunan Usahawan yang belum dilaksanakan oleh NFCorp untuk melahirkan 130 pengusaha ladang satelit dan draf Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi program tersebut masih belum dimuktamadkan.
“Pembayaran baki geran berjumlah RM6.48 juta ditangguhkan sehingga Kajian Viabiliti Projek dan Model Bisnes, yang disiapkan pada 5 April 2011 dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dimuktamadkan.
“Obligasi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani membangunkan abattoir berkapasiti sembelihan 350 ekor sehari ditangguhkan sehingga Kajian 'Viability and Business Model Project' dijalankan.
“Obligasi NFCorp yang dinyatakan dalam Perjanjian Pelaksanaan untuk membina kilang makanan ternakan dan kilang bio-gas masih belum dilaksanakan,” tambah laporan itu lagi.
Bahkan, laporan berkenaan juga memaklumkan enam kemudahan infrastruktur seperti kolam takungan, jalan masuk, pagar berangkai dan jalan perimeter tidak disenggarakan dengan memuaskan oleh NFCorp dan Kementerian terbabit. – sumber –
Anugerah projek
RM250juta telah diberikan untuk keluarga Shahrizat buat harta dunia…. Menteri MOA
dan timbalannya yang terlibat semasa pemberian projek ni camna??? Salah guna
kuasa tak ada keterlibatan ke??? Entahla.. rujuk sini
No comments:
Post a Comment