السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
LAPORAN TONJOL PENGARUH DR
M PADA PENCAPAIAN BN
Bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini ditonjolkan dalam akhbar Sinar
Harian sebagai faktor
dan penyumbang besar BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Laporan akhbar itu antara lainnya membangkitkan pengaruh Mahathir kepada prestasi teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 yang berpunca daripada kenyataannya ke atas perdana menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ia memetik kenyataan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang berkata satu tulisan Mahathir dalam blognya menyebabkan populariti Abdullah jatuh ke paras 71 peratus menjelang pilihan raya umum ke-12 itu.
“Memang ada kena mengenai dengan Dr Mahathir sebab beliau sebelum itu kritik Pak Lah, pemimpin lemah, pemimpin begitu, pemimpin begini dan seolah-olah menggambarkan Pak Lah sebagai presiden Umno yang dilantik Dr Mahathir tetapi tidak menghargai Mahathir,” kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali seperti dipetik akhbar itu.
Laporan
itu juga mengaitkan sokongan ke atas kempen 1Malaysia anjuran Perdana Menteri
Datuk Seri Datuk Seri Najib Razak dan kenyataan positif yang sering disuarakan
Mahathir ke atas pentadbiran Najib.
Pengarah Institut Kajian Tun Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Abdul Rahman Abdul Aziz yang dipetik dalam laporan itu menyebut, sokongan Mahathir itu meyakinkan rakyat dan seterusnya membolehkan Najib “menang besar” dalam pilihan raya umum akan datang.
Seorang lagi yang pengkaji, pengarah eksekutif pusat kajian Merdeka Center Ibrahim Suffian berpendapat, pengaruh Mahathir itu sekurang2nya membolehkan BN kekal dengan jumlah sokongan sedia ada.
Dalam laporan itu, Ibrahim berkata Mahathir bagaimanapun tetap berbeza pandangan dan menegur pentadbiran Najib apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai politik wang.
Anak muda pula mempunyai pandangan positif ke atas Mahathir, kata Ibrahim yang menjelaskan golongan tersebut kini lebih analitikal.
“Mereka tidak tolak kepimpinan Mahathir tetapi mereka turut didedahkan dengan berita rasuah dan media baru,” katanya.
Sementara itu, dua orang pemimpin Pakatan Rakyat pula mengulas mengenai faktor pertentangan antara Mahathir dan Najib – terutamanya berhubung masa depan anak kepada bekas perdana menteri itu, Datuk Mukhriz Mahathir.
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Mahathir memasang hasrat supaya Mukhriz juga akan menjadi Perdana Menteri.
“Banyak pihak dalam Umno yang tidak senang dengan percaturan politik untuk mengatur kedudukan anaknya.
“Hatta apabila disebut anaknya untuk bertanding sebagai calon menteri besar, ia akan berlaku pergolakan dalaman Umno,” katanya.
Mahfuz juga memberi amaran bahawa Najib mungkin berdepan nasib yang sama dengan Abdullah sekiranya tidak memenuhi tuntutan Mahathir, menurut laporan itu.
Naib presiden PKR R Sivarasa pula berpendapat, Mahathir kini “menyalahkan” Najib atas kedudukan Umno pada waktu ini.
“Ini kerana kalau Umno kalah bermakna peluang anaknya untuk menjadi perdana menteri akan tipis. Malah Mahathir juga merasakan kedudukannya dalam bahaya,” kata Sivarasa seperti dipetik Sinar Harian.
Katanya lagi, peranan penting Mahathir dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memastikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi perdana menteri.
Kenyataan Mahathir terus menjadi bahan laporan utama media walaupun selepas berundur daripada kerajaan pada 2003 – selepas 22 tahun menjadi perdana menteri.
Terbaru, beliau mencetus kontroversi apabila mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Dakwaan itu disiarkan akhbar pro-kerajaan, bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
Projek memburuk2kan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.
Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Anwawr didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum. – sumber & sumber 1-
No comments:
Post a Comment