Pages

Monday, October 15, 2012

AUDIT KESAN KEGAGALAN AGENSI PATUHI PERATURAN BAYARAN



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara menegaskan kegagalan jabatan mematuhi  peraturan yang ditetapkan berkaitan pengurusan pembayaran di bawah Akaun Perbendaharaan (AP) 59 antaranya disebabkan kurangnya pemantauan di peringkat kementerian atau Perbendaharaan.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, memandangkan sebahagian daripada kes kelewatan ini merupakan kes yang lama, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk menyelesaikannya.

Tambah beliau, kementerian sepatutnya melengkapkan kesemua dokumen sokongan yang berkaitan semasa kementerian mengemukakan permohonan pendahuluan kepada Perbendaharaan untuk membolehkan bayaran dibuat serta-merta apabila kelulusan diperoleh.

Katanya, “selain itu, kementerian perlu mewujudkan mekanisme untuk mempercepatkan proses pembayaran sekiranya pembayaran tersebut melibatkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di peringkat jabatan.

“Secara umumnya, pelarasan belum dilaksanakan kerana masih menunggu kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia atau kes masih dalam proses siasatan,” katanya dalam laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini , mengikut laporan Audit Kewangan Negara, terdapat semakan Audit terhadap 381 kes pembayaran di bawah AP 59 yang mana laporan siasatan telah dikemukakan atau sepatutnya dikemukakan sebelum 31 Disember 2011 mendapati berlaku kes kelewatan mengemukakan 105 laporan siasatan antara enam hingga 635 hari.

“Manakala 262 laporan siasatan belum dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia sehingga tarikh pengauditan iaitu pada 9 Mac 2012 dan kelewatan mengemukakan laporan siasatan sehingga 9 Mac 2012 bagi 262 kes tersebut adalah antara 91 hingga 1,008 hari.

“Dalam pada itu, melalui laporan Ketua Audit Negara menyatakan, Kementerian dan jabatan hendaklah menjalankan pemantauan secara berkala terhadap pengurusan wang pendahuluan kepada kontraktor termasuk yang diuruskan oleh jabatan peringkat negeri supaya semua wang pendahuluan diuruskan dengan teratur serta dapat diimbuh balikdalam masa yang ditetapkan," kata beliau.

Selain itu, Kketua Audit Negara menyebut pematuhan terhadap peraturan lain yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 5 Tahun 2007 berkaitan pendahuluan kepada kontraktor juga perlu diberi penekanan oleh ketua jabatan.

“Pada pendapat Audit, kementerian dan jabatan perlu membuat perancangan dan pemantauan dengan lebih rapi terhadap prestasi kewangan dan pelaksanaan projek menerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian.

“Selain itu, komunikasi dan koordinasi antara kementerian dan jabatan dengan pelaksana projek juga perlu dipertingkatkan,” ulasnya lagi.

Semalam,  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil kira2 30 agensi dan jabatan kerajaan untuk siasatan lanjut berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, langkah itu sebagai mematuhi saranan Jabatan Audit Negara.

“Kita akan kaji dan buat keputusan selepas kita panggil mereka. Buat masa ini kita perlu meneliti dan membaca laporan itu untuk maklumat dan tindakan lanjut Jawatankuasa PAC," katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau yang sebelum itu mendengar penerangan dan taklimat daripada Jabatan Audit Negara berhubung laporan tersebut, berkata agensi terbabit dianggap masih mempunyai kelemahan ketara terutama membabitkan pengurusan kontrak.

“Sebagai contoh, program pembinaan Hospital Kluang, Johor di mana kerja2 pembinaan tidak mengikuti spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan seperti kelewatan lebih setahun untuk disiapkan. Ini projek lama yang dilaksanakan tetapi baru diaudit," katanya.

Azmi berkata PAC juga akan mendapatkan maklum balas daripada agensi atau jabatan yang ada “masalah kecil”. sumber

Azmi… Azmi… tak kan lah Jabatan Audit Negara ni bengap sangat sampai tak laporkan ‘projek2 sakit’. Biar betul….

Tak kan lah sampai berjuta2 ni nak panggil “masalah kecil”… bermakna PAC pun nak halalkan juga segala macam pembazira yang berlaku… macam PAC pun ada “masalah kecil” juga ke??? ishhhhhhh

Audit kata kurangnya pemantauan dari perbendaharaan, siapa menteri perbendaharaan tu??? He he he

No comments:

Post a Comment