Pages

Wednesday, November 9, 2011

MUFTI TERKEJUT HJ NAJIB, HAJAH ROSMAH SELESAI TUNAI IBADAH HAJI


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



MUFTI TERKEJUT HJ NAJIB, HAJAH ROSMAH 
SELESAI TUNAI IBADAH HAJI

Sama-samalah kita berdoa agar Allah menggolongkan kamu dan aku didalam golongan yang beruntung. Di dalam golongan yang juga mengaku bahawa Tuhan kami ialah Allah, dan mereka memilih jalan yang lurus. Bahawa sesungguhnya Haji ke Baitullah adalah satu ASAS Islam.

Firman Allah dalam surah Al-Haj: 30
ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ حُرُمَـٰتِ ٱللَّهِ فَهُوَ خَيۡرٌ لَّهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ‌ۗ 
Itulah yang wajib dipatuhi dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya

Haji menjadi RUKUN yang FARDHU, menjadi WAJIB atas setiap Muslimin wal Muslimatyang berkuasa untuk berkunjung kesana sekali seumur hidupnya. Begitulah juga dengan Umrah....

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan berdasarkan kenyataan Bernama pada Ahad lalu.
Klik disini untuk selanjutnya...

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Haji Najib, Hajah Rosmah tiba di KLIA pada 1.50 petang 8/11/2011 dimana tarikh tersebut masih lagi belum memasuki hari siang hari tasyrik 12 Zulhijjah. Bagi yang ingin menyelesaikan haji mereka dengan nafar awal iaitu melontar di hari tasyrik 12 dengan niat meninggalkan terus  tanah haram. Perbezaan waktu kita dengan Arab Saudi 5 jam kita mendahului masa. Kalau ketibaan jam 1.50 petang bersamaan dengan waktu Arab Saudi 9 pagi. 

Perjalanan mengambil masa selama 8 jam menunjukan perjalanan telah bermula pada jam 1 pagi hari tasyrik ke 11 malam ke 12. Munkin ada qaul yang mengharuskan melontar untuk hari ke 12 ditengah malam sebelum matahari hari ke 12 menjelang.... hakikatnya WAJIB HAJI ini meluluskan jemaah haji keluar dari Mina pada waktu selepas Zuhur hari ke 12. 
Kita melihat disini bukan soal sah atau tidak haji mereka. Itu hak Allah untuk menerima dan menolak haji sesiapa yang dikehendakkiNya. Yang kita lihat disini ialah AKHLAK. Selaku tetamu ALLAH, selain rukun-rukun haji, WAJIB haji juga dituntut diikuti. Bukan soal dam atau sebaliknya... Sengaja meninggalkannya hanya kerana 1 hari sahaja lagi telah menunjukkan AKHLAK seseorang itu terhadap Tuhannya adalah diPERTIKAIkan... Kalau dengan Allah dan SUNNAH Nabi Nya dipersendakan... AKHLAK dengan manusia yang selayak dengannya akan di HORMATInya???? Renungkanlah.......

D
alam bahasa kita, akhlak begini dipanggil 'jahat adab atau rosak adab'. Dalam bahasa utara, akhlak sebegini dipanggil orang sebagai KURANG AJAR.

A
DA AKU KESAH HAJI NYA SAH TAK SAH.... 

7 comments:

  1. Aduhai Syed Ali... kalau nak mengampu sekali pun biarlah berpada. Yang dah jelas tak betul camtu pun nak disokong apa hal? Inilah agaknya yang dikatakan "Harapkan penyokong, penyokong yang membawa rebah" Kelak Najib tumbang maka Syed Ali pun turut kena hempap sama. Betul2 la dia ni buat malu nama UMNO Bandar Tun Razak ajer...

    ReplyDelete
  2. Walau saya tak bijak dalam agama, tetapi saya berpegang kepada > hukum tetap sebagai hukum selagi kita mengaku Islam.

    ReplyDelete
  3. najib bukan nabi syed ali oi...sampai takleh nak pertikai ape dia buat....agak2 la korg klu nak mengampu pun...mgkin org2 umno bleh kate haji najib ngan rosmah adalah haji yg mabrur...ape yg diowg buat sume bagus,sume baek...pembangkang jer buruk..mufti pun takleh ckp ape...

    ReplyDelete
  4. jadi pak angguk,.. padah akibatnya,.. nak pertikai cakap mufti tu, tanya lah ulamak2 dalam umno tu dulu..

    ReplyDelete
  5. dosa pahala,syurga neraka itu hak ALLAH..tp,jika perbuatan tersebut jelas dan nyata slh dari sisi hukum agama kita wajib menegur,membenci..tetapi,bukan menghina atau mengeji...slh tetap slh walaupun siapa kau didunia..di akhirat kita tetap sama..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Sdra benci anwar - ini lah komen yang paling cikai saya terima... kamu sendiri tak baca tetapi sebab hati awak sudah berpenyakit... awak komen mengikut nafsu kamu... menuduh tanpa ilmu semata-mata nak membela Aji Najib... nampak sangat kualiti pemikiran kamu tahap rendah gaban....

    Hukum sudah ada.. orang yang belajar je mengetahui.. setakat Islam keturunan tu... jangan tunjuk lawa (pinjam kata P.Ramli).... he he he hati-hati mengomen.. jangan sampai terserlah kejahilan diri....

    ReplyDelete