السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DIBENTANG HARI INI
KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan dibentangkan di Parlimen hari ini, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Menurutnya, Jabatan Audit Negara akan turut memberi taklimat berhubung dengan isu utama yang dibangkitkan dalam laporan tersebut kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Tambah beliau, berdasarkan pengauditan terhadap 456 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan sepanjang tahun lalu, sebanyak 388 (85.1 peratus) penyata kewangan telah diberi Sijil Audit Tanpa Teguran manakala 25 (5.5 peratus) penyata kewangan menerima Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi dan bakinya 43 (9.4 peratus) penyata kewangan masih dalam proses pengauditan.
“Hasil signifikan telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2011 atas usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
“Pada keseluruhan, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2011 adalah lebih baik dengan 111 (31.4 peratus) dan mendapat penarafan sangat baik, 4 bintang berbanding tahun 2010 sebanyak 77 (21.6 peratus) dan 48 (12 peratus) pada tahun 2009,” katanya.
Beliau juga berkata, penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan (IA) dilaksanakan mengikut dua kategori wajib yang dinilai setiap tahun manakala ketegori giliran akan dinilai prestasi kewangannya setiap tiga tahun sekali. – sumber –
Kita berharap agar ketirisan
tidak berlaku lagi la.... kalau berlaku pun bukan ada tindakan susulan...
Pengalaman lepas seperti NFC, Bajet pertanian RM110juta, Hiway 'double exspenses' dan macam belanjawan tak masuk akal seperti barang ratusan menjadi ribuan, malahan puluh ribuan....
He he he entah la...
No comments:
Post a Comment