السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak
hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng
perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka.
Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.
“Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
Kredit kepada anak sungai derhaka
“Ini merupakan satu tindakan yang tidak
bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan
Wanita Umno,” katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari
ini.
Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.
Zaleha berkata sebelum ini pergerakan tersebut telah disabotaj sebanyak dua kali seperti menyimbah cat merah pada pusat pergerakan itu dan menggunting kain rentang yang dipasang mereka.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – sumber –
Pergerakan Wanita Umno Bahagian
Bandar Tun Razak melahirkan kekecewaannya berikutan dengan insiden Van Skuad
Sayang milik mereka diconteng dengan perkataan SIAL dan BABI.
Walaupun begitu beliau tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atau lebih tepat lagi beliau tidak menuding jari kepada penyokong Pakatan Rakyat.
Bagus tu.. mungkin beliau sendiri sedar penyokong Pakatan Rakyat tak ada yang sudi nak buat kerja2 tak bertamaddun tu... malah nak menghampiri pun aku rasa ramai yang tak hingin!
Biasanya perkara macam ni terjadi disebabkan rasa
tak puas hati sesama ahli UMNO.. mungkin apa yang dijanjikan tak ditunaikan
kot..
No comments:
Post a Comment