Pages

Monday, October 8, 2012

KENDURI RAKSAKSA ALI RUSTAM KE MEDIA A’BANGSA - TAHNIAH....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




KUALA LUMPUR: Berita kenduri raksaksa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam kini sudah menjadi berita antarabangsa.

Badan penyiaran British, BBC melaporkan, kenduri ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, Ali dilaporkan berkata, kenduri perkahwinan anak beliau yang disertai 130,000 orang ini diuruskan oleh keluarganya sahaja.

Menurut BBC, para pemimpin pembangkang bertanya, bagaimana dia boleh menampung segala perbelanajaan untuk kenduri ini melalui gajinya sebagai ketua menteri.

Menurut wartawan BBC, Jennifer Pak, rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini terpaksa membayar lebih untuk makanan dan petrol selepas kerajaan banyak memotong subsidi.

“Dakwaan rasuah lebih sensitif sekarang,” lapor wartawan BBC itu.

Timbalan Ketua SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, penyiasatan sudah dimulakan dan pihaknya memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

“Kita akan menyiasat satu persatu dan melihat berapa banyak wang yang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya,”" kata beliau sebagaimana yang dipetik BBC dari Bernama.

“Kehebatan majlis perkahwinan ini adalah satu lagi tanda kerajaan yang ada sudah hilang sentuhan dengan rakyat,” kata wartawan kami, lapor BBC.sumber – 

Sekarang ni siapa yang JELEZ ni Ali??? Tak kan SPRM leh JELEZ ngan awak Ali???

Apapun, ini satu lagi kes lawak bodoh untuk 2012??? Selepas kes Perwaja 2011 dihanyutkan… sampai kat meja Ghani Patail je… tak ada kes…

He he he korang fikirkan lah sendiri…




No comments:

Post a Comment