السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhi hukuman penjara selama
setahun ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan
dijangka akan dibebaskan tengah hari esok.
Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang2 dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.
Menurut Ahmad Zamri, Hoslan yang menjalani hukuman di penjara Kajang dibebaskan awal dari tarikh yang sepatutnya iaitu kurang dari lima bulan tempoh sebenar.
“Beliau didapati berkelakuan baik, dan dibebaskan awal. Beliau menerima hukuman lebih dari enam bulan sahaja. Kita akan jemput beliau di penjara Kajang esok,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Hoslan yang dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah.
Ekoran pembebasan Hoslan, Juham akan mengadakan majlis kesyukuran pada malam esok bertempat di Surau PPR Chochrane.
Hoslan yang pernah menjadi imam ratib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan bertindak membaling selipar ke arah ketiga2 panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan I, Istana Kehakiman, antara 10.15 pagi dan 10.30 pagi pada 22 Feb lepas.
Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu.
Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas – sumber –
Mempertahankan
kebenaran adalah sesuatu yang mahal… Nabi Allah Yusof juga dipenjarakan kerana
mempertahankan kebenaran. Manusia zaman metakhir kini lebih kepada logic dan reality…
Tak semua
yang nampak lawa dan cantik itu bersih… sesungguhnya itu semua kosmetik saja….
No comments:
Post a Comment