السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Bank
Negara hari ini, menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia
dan beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan
wang haram.
Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang2 Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta “sumbangan politik”, dan mana2 pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.
Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.
Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation, berikutan siasatan oleh Bank Negara. – sumber –
No comments:
Post a Comment