السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PM: KERAJAAN
SEDAR 4 PERMINTAAN UTAMA KAUM CINA
KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN),
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kerajaan sedar empat kemahuan utama kaum
Cina di negara ini dan berjanji akan memenuhi harapan komuniti itu.
Menurut Najib yang juga Perdana Menteri, perkara pertama yang menjadi keutamaan orang Cina ialah untuk memastikan ekonomi negara maju dan berdaya saing.
Katanya, ekonomi Malaysia mencatatkan antara yang terbaik di dunia dan sentiasa berkembang.
“Pelawat dari negara asing kagum dengan kemajuan kerana mereka kata Malaysia mempunyai banyak kren yang berfungsi berbanding di Dubai, yang banyak kren tetapi tidak banyak yang berfungsi.
“Cuba tanya mana2 penganalisis, antara bajet BN dan pembangkang, bajet yang mana yang mereka lebih yakin," katanya, yang juga Menteri Kewangan, dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA di sini, hari ini.
Tambah Najib, permintaan kedua orang Cina termasuklah kerajaan yang adil dan saksama.
Untuk permintaan kedua itu, Najib berjanji akan melaksanakan perkara itu.
Sementara itu, Najib menambah permintaan ketiga orang Cina ialah menuntut urus tadbir negara
yang baik terutamanya dalam menangani isu jenayah.
“Oleh sebab itulah, kerajaan memperuntukkan sebahagian belanjawan untuk menyediakan kamera litar tertutup (CCTV) dan turut menyediakan peruntukan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kalau kita nak atasi jenayah, kita perlu lakukan bersama. Sebagai parti kita kena sediakan,” jelas beliau.
Yang terakhir, tambah Najib, orang Cina menuntut isu pendidikan diberi perhatian mereka faham, adalah penting untuk memupuk nilai2 positif dan ilmu kepada anak2 mereka.
Katanya, kaum itu percaya, nilai baik penting untuk menguruskan sekolah terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
“Kita tidak boleh memaksa Orang Cina menghantar anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan oleh itu kerajaan akan memastikan SJKC kekal dalam dasar pendidikan negara.
“Kita berbeza dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Kita boleh cakap apa sahaja tentang pendidikan Cina tetapi kita perlu ingat, Malaysia satu2 negara di Asia Tenggara ada pendidikan sekolah Cina.
“Singapura mana ada sekolah Cina,” katanya.
Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak tidak mempolitikan isu pendidikan terlalu banyak demi membentuk masa depan negara dengan baik.
– sumber –
1. Najib dah terdesak sangat sekarang, sampai baju-T
biru yang bertulisan “Say No Hudud” pun dibelasahnya… Hassan Ali / Nasharuddin
Mat Isa / Harussana sini tak nak cakap pasal AQIDAH ke?/syubhat murtad
ke?/SYIRIK ke???
2. Najib
selalu beritau kat orang Melayu kok kampong kata UmNo perjuangkan bangsa
Melayu, agama dan Tanah Air…
3. Bajet
Haji Najib pada 28/9/2012 tak sekelumit pun dia teringat untuk adakan bantuan
SEKOLAH AGAMA RAKYAT…. Nampak sangat
Najib adalah PEMBOHONG KEPADA ORANG MELAYU yang TERLAMPAU..
4. Ekonomi orang Melayu yang rata2
miskin, ditindas dengan kenaikan harga gula 0.20 sen sekilo telah mengakibatkan
lebih terkandas ekonomi mereka…
5. Tanah2 yang dikurniakan kepada orang Melayu di
Terengganu dirampas semula oleh Umno Be End Terengganu…
6. Najib lebih bimbangkan MCA pakai kasut getah
dari orang Melayu sendiri. Baginya orang Melayu hanya cukup dengan BRIM, KRIM…
tah apa2 lagi…
No comments:
Post a Comment