Pages

Friday, October 12, 2012

PKFZ: MAHATHIR KATA LIONG SIK JUJUR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan dirinya dianggap bodoh, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dijangka akan menyifatkan Tun Dr Ling Liong Sik seorang yang jujur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

“Jika Dr Mahathir kata Dr Ling tidak jujur, ia bermakna beliau bersetuju dengan tuduhan bahawa bekas Menteri Pengangkutan itu menipu kerajaan Malaysia yang mana beliau menjadi Perdana Menterinya waktu itu.
 

“Ia dengan sendirinya menjadi pengakuan bahawa beliau Perdana Menteri yang sangat bodoh sehingga kerajaan pimpinannya boleh ditipu begitu sahaja oleh Dr Ling,” katanya.



Dr Mahathir membuat dakwaan sedemikian dalam perbicaraan tuduhan menipu ke atas Dr Ling membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). 

Mahfuz yakin, Dr Mahathir terpaksa mendakwa Dr Ling seorang yang jujur dan tidak mampu menipu jemaah menteri semata2 mahu mengelakkan dilihat begitu bodoh oleh seluruh dunia.

“Persoalannya kini bukan lagi sama ada Dr Ling jujur atau tidak.

“Persoalan yang paling penting sekarang ialah sama ada Dr Mahathir jujur atau tidak apabila beliau mendakwa Dr Ling seorang yang jujur,” kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu semakin meragui kejujuran Dr Mahathir kerana dalam inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V K Lingam empat tahun lalu Dr Mahathir tidak henti2 mengatakan “saya tidak ingat”.

“Bagaimana hendak mempercayai Dr Mahathir jujur apabila beliau mendakwa Dr Ling seorang yang jujur kerana kerana beliau begitu popular sebagai seorang yang ‘tidak ingat’ dan satu dunia menyaksikan Dr Mahathir membuat pengakuan ‘saya tidak ingat’ dalam inkuiri itu,” katanya.

Dr Mahathir minggu ini menjadi saksi keempat pembelaan dalam perbicaraan tersebut. sumber


No comments:

Post a Comment