السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian
restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir
apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan
Ketua Audit Negara 2011.
Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia
International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat
Perbadanan Nasional Bhd, “tidak berpengalaman” dan ini membawa kepada penutupan
kedainya di Tokyo dan London.
Rancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya
dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang
membuat “tuntutan palsu” – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.
Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran “quick service” di London, restoran “specialty” di Tokyo dan restoran “fine dining” di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.
Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.
Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana “lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan
Dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit, MyFranchise berkata
syarikat itu hanya diberi masa dua minggu untuk membuka restoran di Tokyo dan
tidak dapat menemui lokasi sesuai.
Restoran di Tokyo itu bertukar pengurus beberapa kali, termasuk seorang yang menggunakan restoran tersebut untuk menipu sebuah lagi syarikat sebanyak 7.3 juta Yen (RM278,904 mengikut kadar pertukaran Disember 2009).
Menurut laporan itu, individu berkenaan membuat tuntutan bayaran dengan menggunakan dokumen palsu dan MyFranchise kemudiannya meremitkan sepenuhnya bayaran tersebut. – sumber –
Jujur sungguh depa ni kan.. pasal beri balik geran kementerian
yang masih berbaki…
Apa pun sempat la depa kaya dengan pembaziran yang mereka ciptakan tanpa R & D secukupnya…
Dulu pernah juga depa mempromosikan kedai sate.. malangnya
penyakit yang sama melanda… hebat sungguh…
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete