Pages

Monday, October 15, 2012

SPR LARANG KEMPEN GUNA MEDIA SOSIAL SELEPAS TENGAH MALAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KUANTAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang2 itu.


“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik2nya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Parti Politik dan Media Negeri Pahang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini, semalam.

Katanya, SPR tidak mempunyai kepakaran untuk menangani masalah tersebut serta memerlukan kerjasama SKMM selaku badan yang bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan komunikasi.


“Jika dahulu, kempen yang dijalankan mungkin hanya melibatkan penggantungan bendera atau poster2 sesebuah parti politik. Namun kini dengan kecanggihan teknologi, terdapat banyak medium yang boleh dijadikan penyebar maklumat.

“Justeru, saya harap semua parti politik dapat mematuhi undang2 ini supaya bebas daripada sebarang tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, SPR turut meminta pengundi untuk meletakkan kepercayaan kepada suruhanjaya itu sebagai pelaksana pilihan raya yang telus.

“Jangan ada rasa ragu2 terhadap pegawai SPR yang bertugas ketika pilihan raya nanti kerana perasaan itu akan mendorong seseorangberfikiran negatif sekali gus meletakkan SPR sebagai badan yang tidak jujur.

“Cuba tanamkan keyakinan kepada SPR kerana kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik ketika hari mengundi serta menjalankan tanggungjawab dengan penuh kejujuran,” katanya.

Dalam sesi taklimat itu, turut diadakan demonstrasi proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal.sumber


Dulu pun SPR tu la juga … melarang kita berkempen selepas tengah malam… he he he untuk Umno tak per la plak…

PRK Sungai Besar dulu, kami tangkap satu gerup yang diketuai oleh Embi masa tu bawa duit dan barang… pi ketuk rumah orang tengah malam… he he he entah la… sejarah tetap sejarah…

Aku leh percaya la arahan tu… tapi aku tak percaya UmNo Be End akan patuhi.



No comments:

Post a Comment