Pages

Tuesday, October 16, 2012

‘LAPORAN AUDIT PADAM KERUGIAN BERBILION RINGGIT’


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian “berbilion ringgit” yang didakwa “hilang atau dipadamkan begitu sahaja” daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011.

“Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja.

“Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.


Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013.

Kelewatan itu sekali lagi menerima kritikan keras daripada pemimpin Pakatan memandangkan tindakan sama dilakukan tahun lalu.

Sedangkan, laporan berkenaan dibentangkan bersama dengan belanjawan seperti amalan sebelum ini. – sumber

Malas nak komen dah.. tengok sampai RM147 Bilion tak tau kemana… Adakah ianya dipadamkan atau memang tak boleh trace.. entahla….


Anak yang memburu ilmu telah dinafikan tanggungjawab penguasa… hanya RM5B sahaja, penguasa berkira dan bakhil untuk memberikan ilmu secara percuma….. Apalah RM5B kalau dibandingkan dengan RM147B… 

Sesungguhnya mereka memusuhi Amanah mereka yang Allah dan RasulNya amat benci…

Barkah kah seperti kata Pi Em Najib??? Korang nilai sendiri lah.. siapa kah yang bangang.… Kalau masih nak sokong juga… Kompom Bangang…..




No comments:

Post a Comment