Pages

Friday, October 19, 2012

PATUT LA UMNO BE END TAK BERANI BUBAR - DAH KALAH DAH PUN...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

PRU13: PR KINI PADA SITUASI ‘SIMPLE MAJORITY’ 


KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang2 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba2 berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang2 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang2nya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih2 lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi Perdana Menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya. – sumber

Najib dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih2 lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,”


Najib menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat  setelah menduduki kerusi Perdana Menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad lapan bulan, Tun Hussien Onn kurang dua tahun.

No comments:

Post a Comment