السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUALA TERENGGANU – Gara2 dituduh
memecah masuk lokar rakan, dua kumpulan pelatih Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) seramai 36 orang bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan, petang
semalam.
Kejadian berlaku kira2 jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.
“Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan.”
Kekurangan pengisian kerohanian adalah punca segalanya…
apa juga kekuatan fizikal dan mental di bina, mereka akan hilang punca seandainya
rohani tidak dijinakkan….
No comments:
Post a Comment