Pages

Sunday, October 21, 2012

ANGGOTA PERKASA AKAN SOKONG BN PADA PRU13


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

PERKASA KOMPIUS BEGHAT NANANG

Okt 19 2012

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

“Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam,” kata Syed Hassan.

“Sudah berkali2 PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana2 pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka “pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi”.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan  kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. sumber

21 Oktober 2012
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13
.
Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.

“Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.

“Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini. sumber

“Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam,” kata Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali.


“Sudah berkali2 PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana2 pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

“Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.

“Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA,” kata Ibrahim Ali


DOK SEKALI PUN MIMPI LAIN2 KE??? KEPENTINGAN MANA DIDAHULUKAN ADALAH PILIHAN SENDIRI.… MENGHERET ORANG LAIN BERSAMA MENUJU KEMUSNAHAN ISLAM ADALAH KESESATAN YANG NYATA…

No comments:

Post a Comment