Pages

Thursday, December 22, 2011

MENTERI BELASAH WANG ZAKAT BUAT BAYAR KOS GUAMAN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




WANG ZAKAT : BUAT BAYAR KOS GUAMAN MENTERI

Laporan Audit Negara mendedahkan sejumlah wang RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk digunapakai sebagai bayaran pendahuluan yuran guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain.


Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan QAZAF oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwanya – Shamsuddin Hussain sebahai responden.



Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah wang itu telah dibayar balik selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada bulan Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggara kenderaan.


Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran permulaan berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos yuran guaman tersebut berjumlah RM32,150 - juga menggunakan peruntukkan sumber zakat terlebih dahulu.

Laporan menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Ketua Audit Nergara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen – Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin jaafar (Tumpat)  dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Jawapan Datuk Seri Azmi yang melampirlan laporan Audit Negara bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah.

Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan, telah di bayar balik sebelum penutupan akaun MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit.



Salam…..

Mengikut ajaran Islam : golongan yang berhak menerima zakat ada 8 asnaf :

1. Faqir…
2. Miskin…
3. Amil…
4. Muallaf…
5. Hamba…
6. Orang yang berhutang…
7. Berjihad Fi Sabilullah…
8. Musafir…

Agak2 korang lah… 3 makhluk yang ambil kesempatan ni nak dikira camna???
1. Mencuri     2. Pecah Amanah    3. Boleh… sebab nya ?...............

Kalau ada sesiapa yang ada kes mahkamah dan memerlukan khidmat guaman… boleh mohon kat PPZ Wilayah Persekutuan….

Ajaran Islam Apa Ke Nama Ni??? Ini ke FATWA yang diterima daripada POPE BESAR???? Tak kan nak kena tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan ke?????







No comments:

Post a Comment