السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
TINDAKAN UPSI TERHADAP ADAM ADLI TAK BERASAS
KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang
dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap
mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera
Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Ia
berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah
dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada
ketenteraman awam.
“Kedua-dua
pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas
tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri,
beliau hanya menjalankan haknya dalam
kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan
Persekutuan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya,
Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana
mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi
pengajian tinggi.
“UPSI
tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil
beliau sebagai warganegara,”
“Tindakan
Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi
memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Justeru,
kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin
yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar
agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara,”
katanya.
Adam
menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini,
gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu.
Beliau
dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19
Januari depan.
ADAM ADLI AKAN MENJADI MANGSA 'KEADILAN' AUKU OLEH UNIVERSITI TEMPATNYA BELAJAR.... HEBAT LA UPSI.... SECEPAT KILAT TINDAKAN... VERY EFFICIENT.....
SUMBERADAM ADLI AKAN MENJADI MANGSA 'KEADILAN' AUKU OLEH UNIVERSITI TEMPATNYA BELAJAR.... HEBAT LA UPSI.... SECEPAT KILAT TINDAKAN... VERY EFFICIENT.....
No comments:
Post a Comment