Pages

Thursday, December 29, 2011

LEMBU NFC : JINGGA 13 TINJAU KONDO MEWAH MILIK SHAHRIZAT


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




LEMBU NFC : JINGGA 13 TINJAU KONDO MEWAH MILIK SHAHRIZAT

Ekoran laporan KEADILAN terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian kondominium mewah berjumlah RM9.9 juta, Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura..
Sebelum ini, KEADILAN mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dianugerahi projek lembu telah menyeleweng dana duit rakyat sebanyak RM250 juta yang dimiliki syarikat National Feedlot Corporation (NFC).



“Kami (Jingga 13) telah ambil keputusan turun ke Singapura pada 23 Disember lalu untuk mengenal pasti aset, benar ataupun tidak. Akhirnya kami bertemu dengan kondo yang tersergam indah,” kata Pengerusinya, Fariz Musa pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun mengalami kesukaran kerana berulang kali dihalau oleh pegawai keselamatan, namun akhirnya berjaya menyelinap masuk ke dalam kondo tersebut.

“Kondo Orchard Scotts – kondominium mewah yang sangat selesa serta dikawal rapi.”

Nak ambil gambar pun kena ada kebenaran. Jingga 13 berjaya membuat rakaman video untuk menunjukkan kondo mewah keluarga Shahrizat tersebut,” katanya.

Jingga 13 turut menjumpai restoran mewah Meatworks di ION Orchard Mall iaitu sebuah gedung terbuka yang merupakan perniagaan peribadi keluarga Shahrizat.

Bagaimanapun restoran tersebut lengang malah tidak ramai pelanggan.

“Restoran lengang tiada orang, kedai di kiri kanan ramai orang, Meatworks kami tunggu sampai tengahari tidak ada orang lain yang masuk. Syarikat ini bukan saja mampu menyewa satu shop lot tapi dalam masa sama disewa ruang legar. Sudah pasti kos adalah lebih tinggi,” katanya.

SPRM bercakap dengan ‘lembu’?

Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin pada sidang media yang sama turut mengecam tindakan kerajaan yang masih lagi tidak menyoal siasat suami Shahrizat, Datuk Salleh Ismail.

“Setakat ini laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Sekurang-kurangnya Datuk Salleh sudah dipanggil untuk disoal siasat.

SPRM kata dah 75 orang telah ditemubual tapi takkan tiada apa yang dapat dikesan? Melainkan kalau dia bercakap dengan lembu,” tegas Zuraida.

Ahli Parlimen Ampang itu turut berkata, tinjauan Jingga 13 membuktikan Shahrizat hidup dalam keadaan mewah.

“Rakyat tak cukup makan dan tiada rumah, tapi dia (Shahrizat) bersenang-lenang hidup mewah.

Sekiranya tidak apa yang berlaku lepas ini mengenai skandal ini, saya rasa Shahrizat perlu isytiharkan hartanya dalam lima tahun ke belakang,” cabar Zuraida.



SUMBER

No comments:

Post a Comment