Pages

Saturday, December 24, 2011

ADAM ADLI - REEZAL MERICAN DITUNTUT MOHON MAAF 24 JAM


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa.

Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu.

Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Katanya, realiti sebenarnya, bendera Perdana Menteri hanya diturunkan dalam tempoh masa kurang lima minit dan kemudian dinaikkan semula dalam keadaan baik.

“SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno terlalu dangkal kerana hanya bersifat sentimen sokongan terhadap Perdana Menteri.”

“Kenyataan mereka itu tanpa mengulas langsung mengenai kebebasan akademik yang diutarakan oleh mahasiswa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Sementara itu, tegasnya, SMM mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mengancam dan mengugut Adam Adli berikutan protes yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri.

SMM melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan menyalahi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, SMM menghormati hak setiap pihak untuk mengkritik dan bersuara namun perbuatan mengugut sehingga ancaman bunuh bukanlah perkara yang wajar dan hanya mengeruhkan keadaan.

“SMM khususnya Adam Adli tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri walaupun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terus memberi ugutan dan ancaman.”

“Hal ini kerana tindakan menurunkan bendera PM pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh sedar dan didasari dengan mesej yang jelas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

SMM, tambahnya, menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pihak yang mengugut Adam dengan ancaman bunuh bagi memelihara suasana demokrasi negara agar sentiasa dipagari kedaulatan undang-undang.

Sidang media itu diadakan selepas beliau menemani Adam memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selama sejam.

Turut menemani Adam, peguam Fadiah Nadwa dan pemimpin Bebas.





SUMBER

2 comments:

  1. Pakai kepala lah pk sikit...kebebasan akademik tu sama ke dgn kebebasan berpolitik...Apalah...SMM ni kata pandai sgt tapi itu pun xdpt nak bedakan...Xpayahlah nak mengelirukan semata2 utk menghalalkan semua cara..9Hb ni bolehlah bekebebasan akademik kat mahkamah plk sokong hero gay tua tu...mangkuk ayun lah korang semua..

    ReplyDelete
  2. he he he... mcm x sekolah kan....

    hanya orang yang biasa kena sodom je yang tahu kan... berapa kali agaknya dia ni kena ye...

    macam tak ada akai je kan ... he he ... semua cai cai ni macam pernah kena je kan... he he he

    ReplyDelete