السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PAPAGOMO - PEMFITNAH UMNO DILAYAN SETARAF KETUA MENTERI
– KESELAMATAN NEGARA DI GADAI UMNO KEPADA BLOGGER UPAHAN
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan
kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan
menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.
Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang
dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawanBernama danTV3 yang
turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua
timbalannya.
"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.
Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".(Citer selanjutnya)
Dalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal
selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal
perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia
negara.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.
Menurut Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.
Kedaulatan, maruah negara
terancam
Jika benarlah seperti mana yang didakwa oleh penulis
blog tersebut, ini bermakna keselamatan negara kita mudah terancam oleh anasir-
anasir luar.
Bagaimana sekiranya Papa Gomo
ditawarkan hadiah yang lumayan oleh agen-agen asing sebagai balasan menyalurkan
maklumat yang diketahuinya mengenai kapal selam KD Tun Abdul Razak itu?
Perkara begini tidaklah
mustahil akan berlaku apabila sikap tamak manusia akan menyebabkan seseorang
mudah gelap mata dan tidak teragak-agak menjual maruah dan kedaulatan negara
dengan bayaran lumayan.
Atau, bagaimana pula
sekiranya beliau diculik dan dipaksa oleh agen asing supaya memberitahu
maklumat yang ada padanya?
Sanggupkah anda, tanpa
mengira anutan ugama, bangsa dan idealogi politik anda membiarkan maruah dan
keselamatan negara berada dalam tangan seorang manusia yang menggelarkan
dirinya sebagai Papa Gomo ini?
Oleh itu, desakan Datuk Seri
Anwar Ibrahim agar kehadiran blogger terbabit dan termasuklah wartawan dari TV3
dan Bernama di dalam kapal selam Scorpene disiasat amat bertepatan sekali.
Meskipun blogger terbabit
tidak turut berlayar, tetapi beliau telah berada di kapal selam itu selama lima
jam dan telah bertanyakan pelbagai soalan kepada kru-kru kapal selam terbabit.
Entah… apa mahunya
Aji Zahid Sebenarnya….
SUMBER 1
SUMBER 2
No comments:
Post a Comment