Pages

Tuesday, December 6, 2011

RASUAH DI TEMPAT 60 DUNIA - GENERASI BARU MALAYSIA SUKA RASUAH


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



GENERASI BARU MALAYSIA SUKA RASUAH
DARI TANGGA 56 KE 60 - HEBATTTTT




Adalah amat mengerjutkan, kajian yang dilakukan oleh Transparensi Antarabangsa-Malaysia menunjukkan generasi baru di Malaysia suka pada rasuah.

Timbalan Presidennya, Professor Datuk Mohamad Ali Hasan berkata,kajian ke atas 100 rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas menunjukkan hampir 70% pelajar dan penuntut universiti sedia menerima rasuah.


"Saya bimbang dengan situasi ini. Mereka mengetahui ia adalah jenayah. Malah, masyarakat pun sedar mengenainya, namun yang menjadi persoalan, kecenderungan menerima rasuah tidak menjadi kesalahan."
"Bagi mereka, rasuah adalah amalan biasa dan diperlukan dengan alasan. Ia adalah pelincir untuk memudahkan urusan seharian," katanya di Forum Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Barometer Rasuah (CB) di Subang, semalam. 

Kalau tidak melakukan sesuatu, kepercayaan kepada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhakis. 

49% masalah ini berpunca daripada kelemahan kerajaan, agensi penguatkuasa dan politik wang.

Malah katanya, 'IBU RASUAH' dilakukan ahli politik dan satu daripada sembilan menunjukkan mereka telah menerima rasuah terdiri daripada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri.

Untuk memastikan keberkesanan pencegahan, katanya, SPRM perlu BEBAS daripada pengaruh POLITIK dan diletakkan dibawah PARLIMEN.


Indek rasuah negara menjadi negara terjatuh dari kedudukan 56 ke tangga 60... Memalukan..... he he he he



No comments:

Post a Comment