Pages

Saturday, December 17, 2011

RAZAK BAGINDA 'DISAMBUT' DENGAN SOALAN SCORPENE


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




RAZAK BAGINDA 'DISAMBUT' DENGAN SOALAN SCORPENE

Menyepi daripada perhatian selepas kes Altantuyaa Sharibuu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda muncul dalam sebuah program di Kuala Lumpur malam tadi.


Beliau sebelum ini terus ke London untuk melanjutkan pelajaran selepas pembebasan beliau daripada kes berprofil tinggi itu.



Abdul Razak, pemegang doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Oxford, bercakap dalam siri ‘Small Talk, Big Bites’ anjuran Oxford and Cambridge Society Malaysia’s (Oxbridge Malaysia) di sebuah kelab di ibu negara.


Menurut laman web penganjur, program terus terang itu membincangkan isu cabaran politik dan agama yang dihadapi Malaysia sekarang.


Hanya 60 peserta dijemput ke acara itu.



Difahamkan Abdul Razak, bekas ketua Perimekar Sdn Bhd, yang bertindak sebagai agen dalam pembelian kontroversi dua kapal selam Scorpene, beliau mempertahankan penyertaannya dalam perjanjian itu.



Dalam soal soal jawab, Abdul Razak dipercayai berkata, perjanjian itu dilakukan secara terbuka dan bersih.



Perincian daripada soal jawab itu, bagaimanapun, tidak dapat didedahkan kerana undang-undang "Chatham House" tergunapakai.



Undang-undang Chatham House merupakan prinsip utama yang menjaga kerahsiaan sumber maklumat yang diterima dalam sesuatu mesyuarat.


No comments:

Post a Comment