Pages

Thursday, December 8, 2011

KAHWIN RM15 JUTA - JUTAWAN BALAK? MINYAK? KOSMETIK? POLITIK? KRONI? PENYUCIAN WANG HARAM?


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




KAHWIN RM15 JUTA - SIAPAKAH DIA ???? JUTAWAN BALAK? MINYAK? KOSMETIK? POLITIK? KRONI? BLACK MONEY? 



Rasanya kalau menang LOTERI pun RM250 juta saya tidak akan membelanjakan bermewahatau bermegah2 untuk kahwin seorang lagi. Kalau pun mendapat izin untuk memenuhkan kuota yang berbaki kosong lagi 3 tu…  saya akan belanja seadanya.

Malah sekiranya saya kahwini tu ialah selebriti seperti Lisa Surihani, Maya Karin atau Angelina Jolie – saya kenal dia! – belanja saya biasa2 sahaja. Hatta, jika yang bersedia menjadi isteri saya tu adalah ‘Miss Universe’, saya tidak akan menghabiskan RM15 juta itu hanya untuknya. Nampak sangat saya bengong…. HE HE HE

Memang RM 250 juta tu besar = suku billion tu satu jumlah yang besar. Sebenarnya amat besar bagi kebanyakan orang. Tetapi menghabiskan hanya untuk satu perkahwinan – tak kira betapa cantik dan gebu pipinya – ia adalah SATU PEMBAZIRAN dan pembaziran adalah amalan SYAITAN.

Tentu sekali akan tersentak orang ramai, dan marah2 apabila mendapat tahu bekas KETUA POLIS NEGARA, Tan Sri Musa Hassan yang tetap tampan pada usia 60 itu telah membelanjakan RM15 juta untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang tidak terkenal.

Konon seperti yang didakwa oleh penyanyi tersebut, wang sebanyak itu adalah untuk membeli hadiah perkahwinan – antaranya sebuah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000.00, wang hantaran RM111,111.00 mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Bagaimanapun, apa yang tersebar menerusi beberapa blog itu dinafikan oleh Musa Hassan dan sedang menimbangkan kemunkinan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap penulis blog yang menyebarkan FITNAH tersebut.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba fitnah saya”, kata beliau seperti yang disiarkan media.

Saya amat simpati dengan Tan Sri, lebih2 lagi pada Puan Sri. Saya juga simpati kepada Ustaz Hassan Azhari kerana seandainya Musa benar2 berkahwin, kenapa sebagai bapa tidak diketahuinya atau dimaklumkannya seperti kata Dato Jalaluddin Hassan, adik Tan Sri.
HAIRAN… mengapakah dikaitkan MUSA dengan artis berkenaan? Ini menimbulkan fitnah lain yang lebih hebat iaitu :

1.  Berapa GAJI TERAKHIR sebagai KPN??? Berapa tahun kah beliau terpaksa mengumpulkan sejumlah RM15 juta????



2.  Kalau beliau sanggup menghabiskan RM15 juta untuk berkahwin MEWAH, beliau semestinya mempunyai baki paling minima ‘saving’nya masih lagi ada RM10 juta, kerana ‘maintenance’ kereta dan banglo serta ‘accessories’ isteri muda yang selera BESAR ini sekurang-kurangnya RM30 ke RM40 ribu sebulan.


Untuk membersihkan nama Tan Sri ini, ada baiknya suami penyanyi ini tampil menunjukkan dirinya. Tak ada apa yang nak dimalukan??. Bukankah perkahwinan itu adalah suatu pekerjaan yang baik.
Lagi pun orang ramai ingin melihat wajah lelaki berkenaan. Munkinkah lelaki itu sedara kita… atau kawan rakan yang kita kenali dan tumpang berbangga.

Siapakah gerangannya jejaka berduit yang dengan bangganya membayar RM15 juta untuk berkahwin????

Adakah jejaka ini jutawan balak?? Jutawan minyak?? Jutawan Kosmetik?? Jutawan Politik?? Jutawan Kroni?? Jutawan Rasuah?? Jutawan PENYUCIAN WANG HARAM???? Entahlaa….

Entah siapakah yang memulakannya, sudah menjadi semacam satu ‘trend’ masa kini – kemewahan perkahwinan diheboh2kan ‘satu Malaya’.

Dengan kecanggihan siber, berita dan gambar2 kemewahan itu boleh disebarkan ke seluruh dunia.

Kalau pun betul la RM15 juta telah dibelanjakan dengan hadiah2 yang disebut di atas, yang semuanya eksklusif, mengapa perlu semua ini dihebohkan???

Kemungkinan hebohan mengenai perkahwinan mewah dengan belanja RM15 juta ini hanya untuk bermegah2. Silap2 congak, ianya menimbulkan syak dan fitnah yang bukan2 kepada orang ramai.

Yang peliknya, ‘trend’ sekarang ni… orang ISLAM pun mula bermain dengan angka dan RM dalam perkahwinan. Ada yang menjadikan tarikh2 pelik untuk berkahwin. Contohnya, 08/08/08, 09/09/09, 10/10/10 atau 11/11/11 kerana ada yang menujumkan angka2 begini membawa tuah.

Kalau nak banyak lagi angka yang serupa ini, wang hantarannya mereka ditetapkan seperti RM33,333.33, RM111,111.11 atau RM8,888.88 sen.

Disebabkan hendakkan angka yang cantik, mereka menggunakan mak2 andam membuat ukiran hantaran 8, 9, 10 atau 11 dulang, dan diaturkan pula waktu menikah itu pada 08.08 pagi/malam, 09.09 pagi/malam, 10.10 pagi/malam atau 11.11 pagi/malam dengan diiringi sejumlah pengiring yang angka yang sama iaitu 8, 9, 10 atau 11 orang atau kereta.

Kalau lah saya diizinkan berkahwin – manalah kita tau… jodoh ada lagi macam jejaka ini… saya nak kawin pada tahun hadapan iaitu 12 Disember, 2012 @ 12/12/12 dengan wang hantaran sebanyak RM121,212.12 sen atau RM1,212,12 sen. Saya juga akan menentukan waktu menikah tepat jam 12.12 tengahari, undangan hanya 1,212 orang….

Tepat jam 12.12 tengahmalam – tak kira hujan rebut atau halilintar membelah bumi – saya dengan penuh semangat akan melangkah masuk ke kamar pengantin.

No comments:

Post a Comment