Pages

Wednesday, December 21, 2011

HASAN ISYTIHAR PERANG TERHADAP PAS.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


HASAN ISYTIHAR PERANG TERHADAP PAS.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

Katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, “saya akan angkat kaki”.


Ha ha ha ... aku tengok Hassan Ali macam tak tau apa yang dia kena buat.... Hassan Ali terlalu ego dalam riak takburnya sendiri... Dia angkuh menegakkan Islam secara bersendirian... ha ha ha... dia lupa pesanan Nabi saw supaya “hendak lah kamu berjemaah“.

Aku teringat kesah Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani bersolat di rumah kosong.... naiklah cahaya kekuningan dan terdengar lah suara berbunyi:


“Wahai Sheikh Abdul Kadir... katakan lah aku Tuhanmu..”


Sheikh Abdul Kadir berhenti solat dan mengatakan tidak. Suara itu bertanya lagi:


“Kenapa kamu mengatakan tidak?” Sheikh Abdul Kadir memberitahu :

“Sesungguhnya aku tidak mempunyai kelayakan untuk berkata-kata dengan Allah”.. 

Suara itu berkata : “wahai Sheikh Abdul Kadir, sesungguhnya sudah ku sesatkan 70 ulama  sebelum kamu”..

Sheikh Abdul Kadir terus membaca ayatul kursi dan meneruskan solatnya tanpa gangguan... 

Kesimpulannya... 

Tidak akan berjaya sesiapa pun memperjuangkan ISLAM secara bersendiri... Tidak dapat lah dia mengelakkan dirinya dari terjebak ke dalam perasan hebat sendiri, ujub, sum'ah dan RIAK....

Hassan Ali nak berjuang dalam UMNO???? Apa dah jadi ngan Nakhaei Haji Ahmad??? Mashitah Ibrahim??? Jamil Khair Baharom??? ULAM LEMAK MUDA???? HANYA MENJADI PERISAI KEBANGKITAN ISLAM KEPADA KESESATAN SAHAJA... RELAKAH HASSAN ALI DIPERKUDAKAN JUHALAK?? MUNKIN KOT… KALAU MASYUK NYA TEBAL…


AKU LAH HEBAT... AKU PERTAHANKAN ISLAM DAN MELAYU.... HE HE HE HE.... 

No comments:

Post a Comment