Pages

Friday, December 9, 2011

PEMIMPIN MIC TANYA UMNO TENTANG 'KEHILANGAN' DANA


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PEMIMPIN MIC TANYA UMNO TENTANG 'KEHILANGAN' DANA

Pemimpin MIC Batu menyoal Umno mengenai kehilangan dana yang sepatutnya disalurkan kepada pengundi miskin di kawasan pilihan raya tersebut semasa menyambut perayaan Deepavali.

Mereka mengadu, daripada 207 permohonan yang mereka kemukakan, hanya 70 menerima bantuan RM100 tunai - separuh daripada jumlah yang dijanjikan sebanyak RM200. Manakala 43 permohonan ditolak kerana mereka bukan pengundi.

"Apabila mengetahuinya, kami terkejut kerana kami sedar ada sesuatu yang tak kena," lapor akhbar The Star yang memetik pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu semalam.
Ramanathan Chinnu

Bantuan itu diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui seorang penyelaras BN, yang kemudiannya menyerahkan borang dan wang itu kepada parti-parti komponen.

Semua penyelaras BN di kawasan pembangkang masing-masing diperuntukkan RM2 juta untuk diedarkan kepada golongan miskin.
DR Pala Kumaran

"Semua orang fikir MIC di sebalik kehilangan wang itu kerana kami menyerahkan borang dengan cop kami," kata Ketua Pemuda MIC tempatan, DR Pala Kumaran.

Apabila dihubungi akhbar tersebut, penyelaras BN, Yahaya Mat Ghani menjelaskan bahawa akan ada pusingan kedua pembayaran dibuat, dan dana tersebut mesti disalurkan menjelang 31 Disember.

"Setakat ini kita telah menyalurkan sebanyak RM1.6 juta kepada kira-kira 8,000 orang di Batu melalui parti-parti komponen Umno, MCA, MIC, PPP, dan Gerakan," katanya.







No comments:

Post a Comment