السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
GFI: BANK NEGARA TAK HUBUNGI KAMI
Badan pemikir Global Financial Integrity (GFI) menolak dakwaan Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Donald Lim bahawa badan tersebut telah berhubung dengan
Bank Negara untuk menangani isu pelarian wang haram.
Pengarah Komunikasi (GFI) Clark Gascoigne dalam emel balasnya kepada Malaysiakini berkata, kenyataan Lim itu tidak benar.
“(Bank Negara) tidak pernah menghubungi kita dan kita tidak pernah bercakap dengan mereka,” katanya lagi mengulas kenyataan Lim, Sabtu lalu.
Lim juga telah memberitahu Malaysiakini bahawa
pelarian wang haram berjumlah RM150 bilion pada 2009 itu “bukan satu isu baru”
dan Bank Negara juga telah mengambil langkah untuk mengatasi kebocoran tersebut.
Kenyataan Lim itu juga selari dengan kenyataan ketua polis negara
Tan Sri Ismail Omar yang mengaitkan jumlah pelarian dana itu dengan kegiatan
penyucian wang haram.
Ismail juga berkata tindakan telah dijalankan untuk membekukan aset golongan yang terlibat dengan kegiatan jenayah tersebut.
Ish ish ish Banyak sangat pembohongan dilakukan… Apa nak jadi ngan Negara
ni…. Tun pun BOHONG tak mau IMF… tapi tak menolak kelulusan permohonan… Rosmah
pun BOHONG simpan duit dari kecil… Bila nak beghenti ni…
sumbat semua ke lubang cacing....baru tau.
ReplyDelete