السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
MAHATHIR BUKAN
CERDIK SANGAT: KU LI
Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke
13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima
kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau, pengundi bukan Melayu semakin
menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat
tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita
mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi
Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan
Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula
kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas
Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk
Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global
yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdolak-dalik - flip
flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi
kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak
terlebih dahulu.
“Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk
penjara,” Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata
demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK
minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa
perjanjian antara Petronas dengan negeri2 jelas disebutkan hak
royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat
berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung
jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
“Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas
wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.”
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh
diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah
Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah
Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan
perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat,
pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti
pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali
harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'.
Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya
mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan
Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi
berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.
Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu
terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai 'kes lampu
padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan
melintasi dilurah yang sama.
“Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad
hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya,”
dakwa beliau.
“Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery',”
kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul
selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya
mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di
Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama
Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari
Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.
Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM
ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
“Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik
yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO
akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara.”
Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak
kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut
pandangan Ku Li, Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang
amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan
telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak
melakukan apa2 terhadap Shahrizat.
“Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama
mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu,”
katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan
ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di
Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku
Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban
'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya
berasak2. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk
menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster
atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd
Hamzah ialah putera raja.
Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham
100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay
Gentleman.
SUMBER
No comments:
Post a Comment