Pages

Saturday, December 31, 2011

DETIK 12.01 - 01/01/2012 - BERMULA SAMAN TALI PINGGANG BELAKANG


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




DETIK 12.01 - 01/01/2012 - BERMULA SAMAN TALI PINGGANG BELAKANG



Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.
“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. – hm


Nota… berhati-hati menjaga wang anda dari menjadi 

4 comments:

  1. 3 tahun gov bg ruang kepada rakyat supaya pastikan yg tali pinggang keledar belakang di pasang. x cukup ker? Apa ke bangang la ko ni. dah x dak isu nak tulis ker? Lain la kalau ingatkan rakyat supaya jaga aktiviti anak anda supaya dapat mengelak daripada diliwat oleh Anwar Ibrahim. Harrkk Tuiihhtt!!

    ReplyDelete
  2. Tok Guru pun kekadang tak berapa cerdik... 3 tahun gomen bagi ruang dengan kenaikkan harga barang... he he he.... rakyat semakin hari semakin papa kedana... beri RM100?? RM500???

    Ada akai ke berapa kos anak2 masuk sekolah??? Harga minyak dunia turun... Malaysia ada turun ke???

    Perodua/Proton tak pasangkan tali pinggang ke??? Anak 4 orang... masih diusung dengan motorsikal... bangsa apa yang banyak???? Cerciter sikit?????

    Kalau TOKGURU86 tak jadi LEMBUZAT... munkin ada akai kot.... he he he

    ReplyDelete
  3. KENYATAAN OLEH WADAH
    ISU QADHAF: PENEGASAN KEMBALI
    http://www.wadah.org.my/kenyataan-media/74-info-wadah.html

    ReplyDelete
  4. sokong..ab0muaz n tentera semut...tokguru tu kakibodek le tu..

    ReplyDelete