Pages

Saturday, February 18, 2012

ZAKAT : GEMUKKAN 'AMIL & JAMIL RM23JUTA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


ZAKAT: YAYASAN TAQWA TIDAK JAWAB PERSOALAN


KUALA LUMPUR, 17 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, satu badan di bawah Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disifatkan sebagai terlalu umum.

Pengarah Task Force Zakat DPPM, Kamaruzzaman Mohamad berkata, Yayasan Taqwa masih berdiam diri dalam sesetengah perkara yang dipersoal DPPM.

“Jawapan balas yang diberikan Yayasan Taqwa terhadap dakwaan kita sangat umum.”

“Mereka tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan kami sebelum ini, contohnya mengapa sehingga RM23 juta diberikan kepada amil dan mengapa lebih 40 hingga 50 peratus duit zakat tidak pergi langsung kepada asnaf,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Sambil menyanggah tuduhan Yayasan Taqwa bahawa DPPM membuat dakwaan liar, Kamaruzzaman berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaan yang dibuat.

DPPM, katanya mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir (gambar kanan) yang merupakan Pengerusi MAIWP meletakkan jawatan sekiranya mereka mengemukakan bukti mengenai dakwaan tersebut.

“Pihak DPPM bertanggungjawab terhadap setiap persoalan yang dibangkitkan serta mempunyai bukti kukuh.”

“Oleh itu, DPPM mencabar pihak Menteri Agama meletakkan jawatan sebagai tanda bertangggungjawab sekiranya DPPM mengemukakan bukti terhadap segala persoalan kami,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Justeru katanya, DPPM menunggu laporan lengkap daripada Yayasan Taqwa dan jika badan itu gagal berbuat demikian, DPPM tidak teragak-agak melaporkan perkara tersebut ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Seperti yang kita maklumkan sebelum ini, DPPM bersedia membawa dakwaan ini kepada SPRM.”

“Tapi kami tunggu laporan lengkap daripada Yayasan Taqwa sesegara mungkin,” katanya.

Selain itu, DPPM juga telah meminta bantuan Ahli Parlimen PAS untuk menyurakan isu ini di sidang Dewan Rakyat MAC depan.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dan Timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

SUMBER KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment