Pages

Wednesday, February 1, 2012

PENULIS BLOG DEDAHKAN E-MEL ‘BELANJA SAKAN’ ROSMAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




PENULIS BLOG DEDAHKAN E-MEL BELANJA SAKAN ROSMAH

Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia

Buat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta publicist beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.
 
Huntington berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

Kisah seterusnya KLIK DI SINI



KALAU FITNAH TUNGGU APA LAGI… GANI PATAIL KAN ADA… MINTA DIA SAMAN PUAK2 AUSTRALIA YANG MEMFITNAH ROSMAH…

AKU PUN GERAM JUGA, BINI PI EM AKU DOK ASYIK KENA FITNAH JE… MANA BOLEH JADI…

T
AK SUDAH2 KENAH FITNAH… DARI KES KAPAL SELAM ALTANTUYA, C4, FLOM, CINCIN RM34JUTA MELAWAT MALAYSIA… LA NI PASAL BAJU BERJUTA PULAK… MANA BOLEH DIAM… MEMALUKAN NEGARA JE… DARI MASUK WEB LAWAK SAMPAI LA NI … TAK HABIS2…. SAMAN … JANGAN TAK SAMAN…..


1 comment: