Pages

Saturday, February 11, 2012

SESAT: PEMUDA PAS PULA MAHU SAMAN AHMAD SAID


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



SESAT: PEMUDA PAS PULA MAHU SAMAN AHMAD SAID


GOMBAK, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Isnin ini akan menyerahkan notis meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya bahawa PAS “parti ajaran sesat”.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu sangat biadab dan menghina kira2 1 juta ahli PAS.

“Datuk Ahmad Said perlu meminta maaf kepada ahli dan pemimpin PAS khasnya dan orang awam amnya,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan DPPM dekat sini, hari ini.

Nasrudin berkata, DPPM memberi tempoh seminggu untuk Ahmad berbuat demikian dan jika gagal, DPPM akan mengambil tindakan undang2.

“Pemuda beri tempoh seminggu dan jika tak minta maaf dan tarik balik kenyataan itu, kita akan faikan saman kerana perkara ini satu penghinaan.”

“Kalau dia kata PAS parti ajaran sesat, bermakna dia samakan dengan ajaran Ayah Pin dan lain2.

“Ini sangat menghina tokoh2 agama dan golongan profesional yang bersama PAS,” katanya.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai “parti ajaran sesat”.

Sementara itu, bercakap pada sidang sama, Nasrudin memberitahu DPPM akan membuat pendedahan ekslusif juga pada Isnin ini berhubung penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sebelum ini beberapa siri pendedahan telah dibuat termasuk penyalahgunaan wang Yayasan Takwa untuk program politik di Parlimen Jerai.

Turut bersama pada sidang media ialah Naib Ketuanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Raja Iskandar Al-Hiss serta setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Citer seterusnya KLIK DI SINI


No comments:

Post a Comment