Pages

Tuesday, February 28, 2012

NFC : LEMBU BELI PASARAYA MEWAH DI S'PURA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم




PETALING JAYA, 28 Feb: PKR hari ini mendedahkan pengurusan National Feedlot Corporation (NFC) juga terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di negara di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata perniagaan pasar raya itu dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“PKR berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan anak kepada Shahrizat iaitu Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau.”

“Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan united Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama digunapakai untuk pembiayai pembelian dua kondominium,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Sebelum ini beliau pernah mendedahkan NFC turut memiliki tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam tiga kondominium mewah di negara itu.

Menurut Rafizi lagi, syarikat perniagaan itu aktif dalam mengambil pekerja melalui pengiklanan dan dipercayai sebagai persediaan pasaraya itu yang akan dibuka tahun ini.

Katanya lagi, siasatan PKR juga mendapati Farmhouse Supermarkets itu telah pun menjadi ‘anchor tenant’ kepada sebuah pasaraya mewah yang bernama ‘Star Vista’.

“Kita juga mendapati syarikat tersebut juga telah menandatangani perjanjian dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat dua kompleks tersebut.

“Semakan harga pasaran bagi ruang kedai komersial di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah antara S$350 hingga S$500 sebulan bergantung kepada lokasi,” sambungnya.

Atas andaian tersebut, Rafizi berpendapat jika keluasan 28 unit itu dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi tanggunggan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC seperti yang berlaku di dalam pembelian2 aset mewah lain sebelum ini.

“PKR mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai,” tegasnya.

Sumber KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment