Pages

Friday, February 3, 2012

BMW, RUMAH TPJ JOHOR TERBAKAR, DIPERCAYAI KHIANAT


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.

Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira2 jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.
Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba2 terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba, katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira2 beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku, katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.

Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.

Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri, katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu2 panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci, katanya.

SUMBER



PASCA KEJAHATAN SUDAH BERMULA... KENAPA RUMAH TPJ... APAKAH SEMUA PENGIKUT PAS AKAN DI BAKAR DI BUMI SENDIRI???

PENGKHIANATAN INI .. APAKAH HUBUNGKAIT DENGAN POLITIK SUSUT NILAI... 

APA PUN IANYA ADALAH KEJAHATAN YANG TAK BOLEH DIMAAFKAN... INSYA ALLAH... KALAU POLIS TIDAK BERPOLITIK, MEREKA DI LATIH UNTUK MENENTANG KEJAHATAN AKAN BERJAYA MENYELESAIKAN.... KITA BERDOA KEPADA ALLAH....


No comments:

Post a Comment