Pages

Monday, February 27, 2012

NAJIB MENGAKU SILAP, BIAR PR PERINTAH SELANGOR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggesa rakyat supaya tidak memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada pembangkang untuk terus memerintah Selangor sebenarnya ditujukan buat partinya sendiri.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, ini kerana pembangkang di Selangor ketika ini adalah Umno BN manakala kerajaannya adalah Pakatan Rakyat.

“Beliau juga seperti menyindir partinya sendiri dengan kenyataan bahawa ‘pelbagai janji tidak tertunai’ semasa dalam pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mungkin Najib tidak menyedari bahawa rakyat Selangor pada hari ini menikmati pelbagai ‘janji yang tertunai’ oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dimaksudkan itu.

Katanya, selepas menang empat tahun yang lalu, janji2 Pakatan Rakyat satu demi satu ditunaikan, antaranya air percuma sebanyak 20 meter padu yang diberikan kepada setiap rakyat di negeri itu.

Selain itu, ujarnya dengan perkhidmatan berbentuk kebajikan seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas, skim tuisyen percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Jom Shopping dan lain-lain lagi.

Sebaliknya, tambah beliau Umno yang memerintah berpuluh tahun lamanya ‘pelbagai janji tidak ditunaikan untuk rakyat’.

“Ini menyebabkan beliau menggelepar dan seakan menyalahkan pimpinan bawahannya,” ujarnya.

Bahkan, katanya lagi bekas Menteri Besar Selangor sendiri telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah.

Justeru, tambah beliau bagaimana mereka boleh membela rakyat di negeri paling maju itu, sekiranya pemimpin nombor satu negeri tersebut sendiri dihukumkan kesalahan dengan rasuah.

Beliau berkata, rakyat menganggap jika memberi ‘tempoh lanjutan’ kepada Umno BN lagi, mungkin lebih ramai  pemimpin Umno BN akan disabitkan dengan kesalahan rasuah serta kesalahan2 lainnya.

PM juga, ujar Riduan dalam kenyataannya mengakui melakukan kesilapan ketika memerintah Selangor dahulu dan merasa insaf serta memohon maaf kepada rakyat Selangor.

“Bagi DPPM, sekiranya PM sudah insaf sepatutnya beliau tidak berebut untuk mendapatkan Selangor kembali dan  menyerah dengan membiarkan Pakatan Rakyat memerintah buat penggal kedua,” ujarnya lagi.

Ini, katanya kerana Umno sudah memerintah Selangor selama berpuluh tahun dan sudah tentu ‘dosa’ beliau dan partinya bukan mengambil masa yang sedikit untuk dibersihkan.

Justeru, tambah beliau PM perlu mengelak partinya dari sebarang cita2 menduduki kerajaan Selangor bagi mengelak ‘dosa’ yang lama dilakukan kembali.

Justeru, beliau berkata sepatutnya PM bersyukur kerana dengan kekalahan partinya dalam PRU13  dapat ‘menginsafkan ‘ beliau.

“Sebaiknya, keinsafan beliau perlu diterjemahkan pada kerajaan negara ini yang berada di bawah tanggungannya, dengan membersihkan kabinet serta kerajaannya dari pelbagai skandal dan penyelewengan kuasa,” ujarnya lagi.

Sumber KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment