Pages

Thursday, February 9, 2012

YAYASAN TAQWA NAFI DAKWAAN TIRIS RM800,000


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




YAYASAN TAQWA NAFI DAKWAAN TIRIS RM800,000

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan hari ini menafikan sekeras2nya dakwaan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berhubung ketirisan sebanyak RM800,000 dalam kewangan syarikat bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan itu.

Pengurus besar yayasan itu, Ahmad Ayob Ibrahim berkata wang berkenaan tidak dinyatakan dalam laporan tahunan 2010 kerana dibawa ke tahun 2011.

Butiran perinciannya seperti dalam akaun penutup Yayasan Taqwa 2010 dan 2011, tiada istilah ketirisan dalam hal pengurusan wang zakat tersebut, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjawab pertikaian yang timbul berhubung perbelanjaan sebanyak RM2 juta untuk yayasan berkenaan, Ahmad Ayob berkata jumlah itu juga bukanlah untuk perbelanjaan pentadbiran semata2.

Berikut adalah kenyataan penuh Pengurus Besar Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP):

Yayasan Taqwa (MAIWP) ingin merujuk kepada dakwaan En Mohd Nasaie Ismail dan Sdr Kamaruzaman Mohamad dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa Yayasan Taqwa telah menggunakan dananya untuk program politik YB Senator Mej Jen Dato' Seri Jamil Khir Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang dibangkitkan dalam keluaran Harakah Edisi Isnin 6-9 Februari dan di malaysiakini.com tempohari.

Antara tohmahan jahat dalam media tersebut yang dibuat oleh En Mohd Nasaie ialah isu pemberian bantuan bumbung, rumah terbuka hari raya dan bantuan kepada anak muda, yang mana sebelum ini dalam sidang medianya pada 2 Feb 2012 beliau juga telah memfitnah bahawa YB Dato' Seri Jamil Khir telah membiayai bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai2 bantuan kepada penduduk Jerai menggunakan sumber Yayasan Taqwa.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Taqwa menafikan sekeras2nya semua dakwaan seperti di atas berdasarkan kepada penjelasan seperti berikut:

1. Yayasan Taqwa tidak terbabit dalam pemberian atau bantuan bumbung, rumah terbuka hari raya, bantuan kepada anak muda, membiayai bantuan mesin rumput, dan pam racun kepada penduduk Jerai menggunakan sumbernya seperti yang didakwa adalah tidak benar sama sekali.

2. Semua butiran dan jumlah perbelanjaan serta sumbangan yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan adalah dari sumber Laporan Tahunan MAIWP 2010 yang telah diaudit dan disahkan. Laporan audit ini telah dibuat mengikut garis panduan, peraturan, dan undang2 negara sediada. Yayasan Taqwa telah diaudit oleh juruaudit luar, juruaudit MAIWP dan Jabatan Audit Negara serta mendapat pengiktirafan audit bersih sejak tahun 2007 hingga kini.

3. Mengenai isu RM2 juta sebagai perbelanjaan pentadbiran yang berlebihan yang dibangkitkan sebenarnya adalah meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program/aktiviti Yayasan Taqwa bagi tempoh setahun meliputi seramai 24 orang pegawai, kakitangan pejabat, para mubaligh, guru, pensyarah, sukarelawan termasuk bayaran sewa pejabat, utiliti, petrol, gaji, elaun, tuntutan, penyelenggaraan, bil perubatan, takaful, KWSP, PERKESO, dsb samada di peringkat nasional atau antarabangsa, bukan sekadar belanja pentadbiran seperti yang didakwa. Semua ditil belanja tersebut telah diperaku dan disahkan mengikut skim, peraturan, lunas undang2, yayasan, MAIWP dan Negara serta diperakui berbelanja secara berhemah oleh semakan audit.

4. Berkaitan isu RM800 ribu yang didakwa oleh pihak berkenaan tidak dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2010 itu sebenarnya dibawa ke tahun berikutnya (2011) ditil perinciannya seperti dalam akaun penutup Yayasan Taqwa 2010 dan 2011, tiada istilah ketirisan dalam hal pengurusan wang zakat tersebut.

5. Sekali lagi ingin dinyatakan di sini, bahawa Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa telah memberi fokus dasar Yayasan Taqwa adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada mereka yang layak samada organisasi, institusi dan juga individu samada di dalam negara (kecuali Wilayah Persekutuan; sumbangan untuk aktiviti kebajikan/kecemasan) mahupun di luar Negara yang menepati kehendak syarat serta prosidur, tanpa mengira warna kulit, bangsa, fahaman dan batas politik.

Kisah seterusnya KLIK DI SINI





No comments:

Post a Comment