Pages

Saturday, February 4, 2012

ADA PENYELEWENGAN DI MASJID AR-RAHMAN???


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





ADA PENYELEWENGAN DI MASJID AR-RAHMAN???


KUALA LUMPUR, 2 Feb: Ahli kariah Masjid Ar-Rahman (gambar) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak pentadbiran baru masjid itu sejak tahun lalu. 

Aduan setebal 46 muka surat itu diserahkan oleh bekas AJK masjid itu bagi sesi 2009-2011 lalu, Hashim Selim bersama Yahaya Salleh dengan ditemani Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai yang juga Penasihat Undang2 PAS Kawasan Lembah Pantai, Mohd Hafiz Habil. 

Dalam laporan aduan yang disediakan oleh Hashim dan Yahaya itu dijelaskan bahawa Masjid Ar-Rahman yang terletak di Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Universiti Malaya (UM) itu kini dipengerusikan oleh Datuk Ibrahim Thamby Chik. 

Status pengerusi dan jawatankuasa kariah masjid itu kini masih lagi sementara memandangkan semua AJK termasuk pengerusinya masih belum menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agung. 

Sebelum ini, masjid tersebut dipengerusikan oleh Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, manakala pengerusi baru itu pula dilantik oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 11 Ogos tahun lalu. 

Menurut Hashim, di bawah pentadbiran pengerusi baru itu beberapa isu telah timbul di masjid itu yang melibatkan integriti, ketelusan dan amanah. 

Oleh yang demikian, di dalam aduan ini pihak kami mengemukakan beberapa isu yang kami percaya bahawa penyelewengan dan salahguna kuasa yang serius telah berlaku.

Maka siasatan dan campurtangan daripada SPRM adalah sangat perlu bagi memastikan perjalanan pentadbiran Masjid adalah telus, beramanah dan bebas daripada unsur2 rasuah dan penyalahgunaan kuasa, katanya.

Penyelewengan kewangan 

Menjadi amalan AJK Masjid Ar-Rahman, menurutnya, segala penerimaan dan kutipan Masjid akan dikelaskan kepada empat bahagian iaitu kutipan tabung Jumaat, kutipan uncang (dikutip semasa solat Jumaat), tabung kuliah dan bayaran tapak perniagaan atau tabung gerai.
(Ini buktinya... pengadu menunjukkan bukti kepada SPRM dan media)

Namun pada bulan November dan Disember tahun lalu, jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun adalah tidak sama dengan jumlah keseluruhan kutipan. 

Pada bulan November 2011, jumlah kutipan adalah sebanyak RM12,864.00 walhal jumlah yang dimasukkan ke dalam akuan bank adalah sebanyak RM9,031.57. Jumlah wang yang tidak dimasukkan ke dalam akuan masjid sebanyak RM3,832.43.

Manakala bagi bulan Disember 2011, jumlah kutipan sebanyak RM16,660.00 walhal jumlah yang dimasukkan ke dalam akuan bank sebanyak RM9,706.47. Jumlah yang tidak dimasukkan ke dalam akuan Masjid sebanyak RM6,953.53.

Di samping itu, bermula November 2011, kaedah penggunaan baucer bagi setiap pengeluaran wang yang telah menjadi amalan pentadbiran Masjid sejak sekian lama telah dihentikan tanpa sebarang alasan yang munasabah, jelasnya.

Kos pembangunan meragukan 

Beliau menjelaskan, pada 29 September 2011, pihak Jawi telah memberikan kontrak bagi kerja2 membina kolah untuk keperluan berwuduk di masjid itu kepada sebuah syarikat, Pembinaan Maidah yang beralamat di Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Kuala Lumpur. 

Nilai kontrak bagi kerja2 tersebut sebanyak RM19,986.85, katanya, manakala surat bagi penyerahan borang pesanan itu dikeluarkan oleh Musa Ranli di Bahagian Pembangunan bagi pihak Pengarah Jawi.

Apabila dilihat hasil kerja yang dilakukan serta mendapat pandangan beberapa kontraktor bertauliah, didapati nilai kontrak yang diserahkan sebanyak RM19,986.85 adalah melampau, terlalu tinggi dan tidak munasabah. 

Pada hal, setelah taksiran dibuat, nilai kontrak kerja2 tersebut adalah sekitar RM5,000.00 sehingga RM8,000.00 sahaja, jelasnya. 

Perlantikan Pengerusi dan AJK menyalahi kaedah 

Beliau menjelaskan, merujuk perkara 7, Kaedah2 Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan 1987, seseorang yang memegang apa2 jawatan dalam mana2 politik tidak layak menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kariah. 

Namun dalam hal ini, Pengerusi Masjid Ar-Rahman, Datuk Ibrahim Thamby Chik adalah pemegang jawatan dalam politik iaitu Setiausaha Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian Lembah Pantai. 

Di samping itu, daripada senarai AJK terbaru, hanya seorang sahaja AJK, Lokman Hakim Madtasi anak kariah. Ini menyalahi perkara 3 dan 4 Kaedah2 Jawatankuasa Kariah Wilayah Persekutuan yang memperuntukan tiga AJK hendaklah dipilih oleh anak kariah.

Seorang AJK baru itu pula, Ismail Masri, katanya, telah disaman dan disabitkan dengan tuntutan svil di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Julai 2011. 

Dalam hal ini, Majlis hendaklah menggunakan bidang kuasa untuk memecat beliau berdasarkan kepada perkara 9(4), tegas beliau. 

Pembinaan gerai 

Dalam aduan tersebut, beliau turut membangkitkan tentang sebuah gerai yang didirikan di dalam kawasan masjid itu yang dimiliki Kamaruzzaman Yatiman. 

Tender bagi gerai itu telah ditamatkan pada Disember tahun lalu. Walau bagaimanapun, pemilik gerai itu telah enggan keluar daripada gerai miliknya. 

Akibat keengganan pemilik gerai itu melepaskan gerainya, pemegang tender terpaksa membina sebuah lagi gerai di bahagian belakang Masjid, ujarnya. 

Apa yang meragukan, tambah beliau lagi, berhubung dengan bekalan elektrik, apabila pemilik gerai tersebut telah mendapatkan bekalan elektrik (akuan individu) daripada TNB. 

Bagaimana TNB boleh meluluskan permohonan pemilik gerai tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Masjid dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, sedangkan gerai itu didirikan dalam kawasan Masjid? tegas beliau penuh tanda tanya. 

Menerusi aduan itu, mereka turut melampirkan dokumen2 sah mengenai setiap perkara yang dibangkit untuk diteliti dan tindakan pihak SPRM. 

Sebelum membuat aduan kepada SPRM, mereka bersama2 dengan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail telah mengadakan sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja laut, di sini.


Patut la berebut sangat nak jaga masjid….. rupanya nak belasah duit tabung….. he he he macamana bos2 depa sapu duit zakat pakai dulu….. depa bukan mencuri….. Bukan merompak….. Peruntukan dari JAWI tak sampai lagi….. Bila JAWI luluskan….. depa ganti balik la…..

Masjid tu pakai akaun yang sama dengan kemasukan peruntukan JAWI…..

he he he….. puak ni bukan kira HALAL ke HARAM….. janji DUIT….. Inilah AMANAH yang direbut sangat… AMANAH JAGA DUIT… 


No comments:

Post a Comment