Pages

Tuesday, February 7, 2012

NFC: SIASATAN PERINGKAT AKHIR, SHAHRIZAT MUNGKIN DIPANGGIL


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




NFC: SIASATAN PERINGKAT AKHIR, SHAHRIZAT MUNGKIN DIPANGGIL

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu projek lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas kini sudah memasuki peringkat akhir.

NONE
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (bawah) memberitahu Malaysiakini, hasil siasatan akan dikemukakan dalam masa terdekat untuk diteliti Peguam Negara.

Siapa juga yang dapat membantu siasatan akan diminta memberi keterangan, katanya.


Menurutnya lagi, kes itu disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan kes salah guna kuasa, jika ada.

Sementara itu, menyentuh keperluan memanggil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membantu siasatan, Mustafar berkata ia hanya akan dilakukan jika diperlukan.

Isu NFC muncul apabila apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang bahawa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.



AKU TAK TAU SAMADA NAK PERCAYA KE TAK… TAPI SEJARAH MENCERITAKAN BAHAWA SPRM HANYA AKAN MENGATAKAN DEMIKIAN…. DALAM SIASATAN, DI PERINGKAT AKHIRDAN TAH APA2 LAGI LA ALASANNYA…

BILA SAMPAI DI MEJA PEGUAM NEGARA, PEGUAM NEGARA PUN LIPAT CANTIK2… SIMPAN BAWAH KAPET… HE HE HE ….

MALAYSIA BOLEH…

1 comment: